Genap 40 Hari Pemerg1an TUN RAHAH, Yana Najib Zahir Kerinduan Terhadap Nenek Tersayang

Sedar tak sedar rupanya sudah 40 hari pemergian b4lu kepada Perdana Menteri kedua Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein. allahy4rh4mah Tun Rahah Tan Sri Mohamed Noah dilaporkan menghembvs nafas terakhirnya pada 18 Disember 2020 di usia 87 tahun. Sesungguhnya, kehilangan ini membekas di hati seluruh ahli keluarganya termasuk cucu tersayang Yana Najib.

Foto: Instagram @yananajib
Foto: Instagram @yananajib

Anak perempuan kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansur ini telah menzahirkan rasa rindunya terhadap nenek tersayang yang disapa Tok ini melalui laman media sosial miliknya. “40 days since you left us, Tok. And yet, it feels like we can still share stories and laugh together once more. We miss you. Forever in our hearts and our prayers.

Foto: Instagram @yananajib
Foto: Instagram @yananajib

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by yananajib (@yananajib)

Ya Allah, ampuni segala kesalahan Tokku, rahm4ti dia, maafkan dia, jadikan Syurga Firdaus sebagai ganti tempat tinggal dia. Semoga arw4h akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin. Al- Fatihah,” coret wanita yang mempunyai nama sebenar, Nooryana Najwa Mohammad Najib ini.

Foto: Instagram @yananajib
Foto: Instagram @najib_razak

Yana Najib telah berkahwin dengan Daniyar Kessikbayev yang berasal dari Kazakhstan pada 19 Mac 2015. Pasangan sama cantik sama padan ini bertemu ketika sama-sama menuntut di Amerika Syarikat dan telah mengikat tali pertunangan pada tahun 2011. Hasil perkongsian hidup, Yana Najib dan suami dikurniakan seorang lelaki yang diberi nama Adam Razak.

Foto: Instagram @yananajib
Foto: Instagram @yananajib
Foto: Instagram @yananajib

Yana Najib bukan sahaja cantik dan baik hati malah mempunyai pendidikan yang cemerlang. Menggengam Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Perkhidmatan Asing dari Georgetown University dan lulus cemerlang serta mendapat Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Wharton, University of Pennsylvania. Yana Najib juga mendapat Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Harvard University. Bukan calang-calang kelulusan anak kepada Datin Seri Rosmah Mansur ni ya.

Foto: Instagram @yananajib

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Nona