Ibu Diugvt Anak Sendiri, Serahkan ‘Fortuner’ Yang Dibeli Atau Bayar Sewa RM57,629

Sebagai seorang anak lelaki seharusnya kita perlu berbakti menyenangkan kedua-dua ibu bapa yang sedang meningkat umur sebagai tanda membalas semula budi kedua-dua ibu bapa yang membesarkan kita.

Tetapi perkara sebaliknya yang berlaku apabila seorang ibu di Salatiga, Indonesia telah disam4n oleh anak lelaki kandung kerana menggunakan kereta Toyoto Fortuner yang dibeli atas nama anak lelakinya.

Sumber Gambar: jateng.suara.com | Dewi Bersama Anak Kandungnya, Alfian.

Menurut Dewi Firdauz (52 tahun), dia yang bertugas sebagai pegawai kerajaan di kerajaan wilayah Jawa Tengah telah membeli sebuah Toyota Fortuner pada tahun 2013 dan meletakkan atas nama anak kandungnya sendiri.

“Saya beli kenderaan itu di Kaligawe Semarang pada 2013. Sewaktu itu saya baru sahaja menjual Toyota Yaris dan belum menukar nama lagi. Jadi saya namakan atas nama anak kandung kerana saya mempercayai dia.

Sumber Gambar: Spesifikasimobil.com

“Tetapi anak saya menganggap saya cuma menyewa sahaja kereta tersebut dari dia. Jika saya tidak berikan kereta tersebut, saya perlu membayar sewa bulanan yang sudah mencecah 200 juta rupiah (RM57,447),” luah Dewi dengan penuh kekec3waan.

Lebih memburvkkan keadaan lagi, jika Dewi Firdauz gagal menyerahkan kereta Toyota Fortuner atau bayar sewa kepada anak lelakinya Alfian Prabowo (25 tahun), rumah yang dia tinggal sekarang ini akan disita oleh anak lelakinya.

“Sepatutnya dia menjadi pelindung kepada ibunya, bukan menambah kesengs4raan ibunya. Kalau rumah ini disita, saya mahu tinggal di mana lagi? Kenapa satu-satunya anak kandung sendiri tergamak buat sebegini?” kata Dewi yang telah bercer4i dengan suaminya, Agus Sunaryo pada tahun 2019 yang lalu.

Sumber Gambar: Kompas.com | Caesar Fortunus Wauran Di Hadapan Pejabatnya.

Alfian diwakili peguam, Caesar Fortunus Wauran manakala, ibunya tidak diwakili peguam kerana dia masih keliru dengan k3s sam3n yang difailkan oleh anak kandungnya sendiri.

Menurut Caesar, anak guamnya berbuat sedemikian kerana kec3wa melihat ibu bapanya berkel4hi semasa proses pencer4ian. Anak guamnya cuma mahu memberikan ‘teguran’ kepada kedua ibu bapanya supaya berdamai.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :  www.thevocket.com