Sejak beberapa hari yang lalu, nama syarikat penghantaran barang, J&T Express hangat diperkatakan selepas ada dakwaan yang mengatakan mereka ‘membuli’ pekerja delivery mereka dengan mengubah sistem pembayaran komisyen yang kini menjadi a berat sebelah.
Semuanya selepas penul4ran beberapa posting yang didakwa ditulis oleh seorang pekerja J&T sendiri yang mendakwa pekerja mereka tidak dilayan dengan baik dan berdepan banyak pemotongan dari segi elaun dan komisen.
Isu berkenaan menyebabkan orang ramai menjadi mar4h sehingga ada yang mencadangkan agar rakyat Malaysia mula memboik0t syarikat penghantaran berkenanaan.
Enggan isu ini diperpanjangkan lagi seorang pengguna Twitter, Rudy yang juga seorang pekerja penghantaran J&T kemudiannya tampil berkongsi keadaan sebenar di sana.
Bukan isu besar pun
Sebenarnya isu j&t tu tak ada apa isu besar pun. Memana region ada sistem dia. Diorang keluar memo macam kalau bawah 1000 parcel tak dapat komisyen. Sebab nak suruh rider keluar kan barang. Tak nak berlungguk dekat warehouse. Sebab j&t antara yang terpantas.
— Rudy Akhbar (@RA_Zarathustra) January 25, 2021
Menurut Rudy, memo tersebut dikeluarkan sebenarnya sebagai cara agar pihak rider untuk mempercepatkan aktiviti penghantaran bagi mengelakkan timbunan barang di gudang mereka.
Ini kerana j&t antara syarikat perhantaran yang terpantas dan efisien.
Sehari 100 parcel celah gigi
Mesti lah nak barang kena clear. Kalau setakat bawak 1000 ja baik duduk rumah. Aku pun dah 1200 parcel dah bulan ni. Ada rider yang dah 3000 parcel sampai tarikh harini. Diorang cakap ja tak bayar. Tapi bayar ja. Tak ada nya orang atas nak majal orang bawah. Apo?
— Rudy Akhbar (@RA_Zarathustra) January 25, 2021
Tambahnya adalah normal bagi pekerja untuk melakukan penhantaran lebih dari seribu. Sebagai contoh dia sendiri sudah melakukan lebih 1200 penghantaran manakala ada rider yang sudahpun menyelesaikan 3000 parcel setakat 25 januari.
Malah langsung tidak timbul isu tidak bayar seperti yang tular katanya lagi.
“Aku pun dah 1200 parcel bulan ni, Ada rider yang dah 3,000 parcel sampai tarikh hari ini. Mereka cakap sahaja yang mereka tidak bayar tapi sebenarnya mereka bayar sahaja,” jelas nya lagi.
Mengulas lanjut mengenai kawasan bertugas, Rudy menjelaskan setiap rider hanya hanya perlu menghantar barangan di kawasan yang ditugaskan sahaja.
Dia turut memberi contoh sekiranya rider tersebut ditugaskan di Taman Bahagia, tugasnya hanya perlu menghantar barangan di sekitar kawasan tersebut sahaja.
Contohnya kalau ada rider main taman bahagia,main ja lah taman bahagia,bukan kena main taman lain. Saja nak jadi isu. Aku bukan nak jadi penjilat. Tapi ni melebih lah. Takkam sehari 100 parcel pun malas.
— Rudy Akhbar (@RA_Zarathustra) January 25, 2021
Semua ada elaun, minyak bukan duit sendiri
Despatch ada elaun,lori,van ada kad minyak company bagi ya. Bukan duit sendiri. Kalau owncar ada elaun minyak. Kalau nak tanya,tanya staff macam aku. Jangan spread benda tak betul. Komunis lah apa lah. Padahal elok ja. Kena bising tu biasa lah. Kerja jadi kuli.
— Rudy Akhbar (@RA_Zarathustra) January 25, 2021
Tak ada isu kesian. Kitorang ada basic,ada elaun,elaun ada dua elaun,ada komisyen. Tak payah kesian. Kami buat kerja kami. Yang kesian tu korang. Sebab kadang2 barang lambat sampai. Kadang kalau arrival lebih dari target,kami ada bonus kalau hantar 150++
— Rudy Akhbar (@RA_Zarathustra) January 25, 2021
Tambahnya tidak patut timbul isu kesian.Ini kerana kesemua pekerja mempunyai gaji asas dan beberapa elaun serta komisyen.
Malah mereka juga mempunyai KPI masing-masing bergantung pada kawasan dan gudang. Jika ada banyak barangan yang tiba di pusat penghantaran tersebut, maka KPI akan berubah. Tambanhnya minimum barangan adalah dari 900 hinggalah ke 2,000 bungkusan untuk sebulan.
Jawapannya sekaligus menafikan apa yang tular di media sosial. Harapan kami, perkongsian dari Rudy ini dapat menjawab dan merungkaian persoalan orang ramai mengenai isu yang sedang panas ini.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Buzzkini.com