Tul4r rakaman peniaga telur mar4h bu4ng semua telur ayam. Ini sebab dia buat begitu

Tidak dinafikan lagi, sepanjang tempoh pandemik Covd-19 ini ramai individu yang terk3san. Ada rakyat marhaen yang terputus bekalan makanan kerana hilang sumber pendapatan.

Malah, ada yang sanggup mencuri demi sesuap nasi untuk keluarga di rumah, apabila sudah m4ti akal nak cari duit dari mana.

Bagaimanapun, masih ada golongan yang tidak bersyukur dengan situasi mereka. Ini sehingga sanggup melakukan pemb4ziran dengan membuang makanan yang masih elok semata-mata mengikut perasaan.

Begitulah yang terjadi dimana seorang lelaki bertindak membuang semua telur ayam yang berada dalam kenderaan sebelum dic4mpakkan ke dalam sawah.

Meniaga Tak Untung

Memetik laporan Merdeka, lelaki itu dipercayai merupakan seorang pengusaha telur ayam. Difahamkan, dia dalam keadaan mar4h kerana harga dagang yang ditawarkan terlalu murah.

Menerusi video tersebut, selepas merungut, dia mencampakkan k3semua telur ayam ke dalam sawah padi. Sambil dibantu oleh segelintir individu sementara perakam video meminta lelaki itu bersabar.

Berikutan itu, rata-rata warganet yang melihat kelakuan lelaki terbabit berasa sed1h dan mengec4m tindakannya.

Banyak rumah anak yatim dan fakir miskin yang memerlukan. Buang rezeki sendiri, kebod0han batin yang besar

Contoh manusia somb0ng dan serakah. Sepatutnya beri kepada orang susah

Oleh kerana terlalu ikutkan emosi dan amarah, lelaki itu tidak sedar bahawa dia telah kerugian besar. Malah, sifat tidak bersyukurnya juga semakin membuatkan ramai orang s4kit hati dengan perbuatannya.

Sebagai manusia, selagi masih diberi rezeki, tidak perlulah mempersoalkan banyak mana. Sebaliknya bersyukurlah dan berkongsilah juga dengan mereka yang lebih memerlukan.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Tonton Video:

5 Cara Rasulullah Berniaga Yang Boleh Kita Contohi

Rasulullah merupakan ahli perniagaan yang hebat. Pada suatu ketika di waktu berniaga, Rasulullah telah memperoleh keuntungan lebih dari usahawan-usahawan lain dalam rombongan yang sama.

Oleh kerana kehebatan Rasulullah saw dalam perniagaan, Baginda berjumpa dengan isterinya, Siti Khadijah (yang juga seorang usahawan unggul) ketika berumur 25 tahun.

Ingin tahu cara Rasulullah berniaga, teruskanlah membaca…….

1.Tidak Pernah Berdebat

Rasulullah dahulu ketika berniaga tidak pernah menyakiti hati peniaga lain. Hal ini diakui oleh mereka yang pernah berurusan dengan Baginda SAW sebelum Baginda diangkat menjadi rasul lagi.

Dalam satu peristiwa, seorang peniaga bernama Sa1b bin Ali Sa1b datang menemui Rasulullah SAW. Melihat Sa1b datang, Rasulullah berkata, “Mari, mari. Selamat datang saudara saya, dan rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar,” kata Rasulullah.

Sa1b membalas dengan berkata, “Kita tidak pernah bertengkar sebab tuan peniaga yang sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan.”

2.Teknik Menjual Yang Unik

Mengikut riwayat, Nabi menjual barang-barang Baginda tidak seperti diamalkan oleh kebanyakan peniaga atau lain-lain saudagar ketika itu. Baik peniaga Arab atau pun bukan Arab.

Biasanya para peniaga kebanyakannya mereka menjual barang-barang dagangan mereka dengan meletakkan harga yang setinggi mungkin. Tetapi Nabi menjualnya dengan cara memberitahu harga pokok dan meminta para pelanggan atau pembeli membayar berapa harga yang mereka kehendaki.

Dengan cara ini pembeli merasa puas dan senang hati kerana mereka merasa tidak tertipu oleh peniaga. Lalu mereka membeli dengan larisnya sehingga barang-barang Nabi paling laku dan cepat habis berbanding rakan-rakan Baginda yang lain.

Selain itu Nabi juga mengambil sikap menjual pada harga modal apabila si pembelinya seorang yang benar-benar miskin tetapi sangat memerlukan barang itu.

Baginda amat bertimbang rasa dan amat pengasihan belas kepada sesama manusia.

3.Sentiasa Senyum

Satu lagi daya penarik yang luar biasa yang telah menarik para pembeli untuk mendekati barang-barang Nabi ialah sikap dan wajah Baginda semasa berjualan itu.

Selaku seorang insan yang sedia dijadikan Allah berwajah kacak menawan dan gemar melemparkan senyuman kepada orang, maka Nabi telah menggunakan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada Baginda itu.

Dengan wajah yang manis dan menawan dihiasi pula dengan senyuman yang manis, pastilah keindahan dan keelokan yang terpancar di wajah seseorang itu semakin bertambah.

Walaupun tutur kata tidak seberapa, tetapi para pelanggan tetap menggemari orang yang berwajah manis dan selalu memberi senyuman kepada orang.

4.Jujur

Baginda bersabda, “Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang m4ti syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Dalam konteks ini, kejujuran ditekankan kerana kejujuran merupakan antara elemen terpenting dalam perniagaan.

Ketika kita berbincang mengenai perniagaan seorang Muslim, kita sebenarnya sedang membincangkan satu konsep perniagaan yang membangunkan hubungan kepercayaan di antara peniaga dan pelanggan, dan piawaian ini tidak boleh dicapai dengan adanya dusta dan penipuan.

Pada suatu hari, Rasulullah berjalan-jalan di kawasan pasar bandar Madinah. Baginda lalu di hadapan seorang peniaga yang menjual buah-buahan yang dilonggok-longgokkan.

Rasulullah memeriksa buah-buahan itu dengan memasukkan tangannya ke dalam satu longgokan. Kemudian Rasulullah menarik tangannya keluar dan menunjukkan jarinya yang basah kepada peniaga itu. “Apa ini saudara ?” tanya Rasulullah.

“Terkena hujan, tuan,” kata peniaga itu. “Mengapa saudara tidak letakkan buah-buahan yang basah itu di sebelah atas supaya orang dapat melihatnya ?” kata Rasulullah.

Kemudian Baginda berkata lagi, “Barang siapa menipu, dia bukan pengikut saya.”

5.Tidak Bersumpah P4lsu

Dengan tegas, Rasulullah SAW mengecam amalan perdagangan yang dipenuhi tipu daya.

Apalagi sampai bersumpah palsu, mengandungi unsur riba atau berbisnes di pasar gelap. Sebab, model menjalankan bisnes seperti itu tak saja merugikan orang lain, tapi juga membuat perniagaan yang dijalankan tidak lancar.

Hal itu sebagaimana ditegaskan Rasulullah SAW dalam sebuah hadis, “Penjual dan pembeli memiliki hak pilih selama belum berpisah.

Apabila mereka jujur dan mahu menerangkan (keadaan barang), mereka akan mendapat berkat dalam jual-beli mereka. Dan jika mereka bohong dan menutupi (cacat barang) akan dihapuskan keberkatan jual-beli mereka.” (HR. Muslim)

Rasulullah SAW mengajarkan kepada para sahabat untuk tidak melakukan sumpah, selain mengakibatkan kehilangan berkatnya.

Sumber: merdeka.com

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : http://trendingsangat.pw/peniaga-telur-ayam/