“Tuanku 17 Kali Buat Rawatan IVF, Saya Baru Lima Kali.” DS Siti Nurhaliza Jadikan Raja Permaisuri Agong Inspirasi Untuk Dapat Zuriat

11 tahun menanti untuk mendukung dan memeluk zuriat sendiri bukanlah tempoh yang sikit. Pelbagai rintangan dan dugaan dihadapi. Itu belum termasuk kata-kata dan cercaan orang kononnya duit banyak tapi tidak berusaha.

Di sebaliknya, orang tidak tahu pelbagai kaedah dan rawatan yang Dato’ Sri Siti lakukan, namun tidak berjaya. Sebut sahaja baik tradisional seperti mengurut mahupun kaedah rawatan, segalanya dicuba namun kalau Dia kata belum masanya, usaha bagaimana sekalipun tidak berjaya.

Datuk Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini turut mendedahkan dia pernah hampir berputus asa ketika berusaha untuk mendapatkan zuriat menerusi kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) sebelum ini.

Bagaimanapun, kesungguhan serta sikap tidak pernah putus asa yang ditunjukkan oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam usaha baginda mendapatkan zuriat menjadi penguat semangat buat dirinya.

“Saya pernah hampir berputus asa, tetapi saya teringat kembali bagaimana kesungguhan Raja Permaisuri Agong. Tuanku 17 kali melakukan rawatan ini, inikan pula saya lima kali (baru berjaya). Alhamdulillah. Tuanku, Terima kasih. Tuanku adalah inspirasi buat patik,” katanya.

Katanya lagi, baginda juga merupakan antara insan yang menjadi tempatnya berkongsi cerita sewaktu tempoh keh4milan.

“Selain keluarga, insan yang saya berkongsi cerita tak lain tak bukan, Raja Permaisuri Agong. Tuanku mengambil berat sewaktu patik mengandungkan Aafiyah. Tuanku sempat mencemar duli ke rumah patik untuk beri nasihat.

“Tuanku memang seorang yang sangat mengambil berat kepada rakyat dan khusus wanita yang ada masalah mendapatkan cahaya mata.

“Pengalaman paling manis selepas di scan dan baby dah ada degupan jantung. Lalu dibunyikan loceng menandakan saya h4mil, Itu adalah kegembiraan dan kenangan yang takkan saya lupakan,” ujar Siti lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap di hadapan Raja Permaisuri Agong pada Majlis Pelancaran Pembukaan Pusat Kesuburan Alpha IVF & Women Specialist, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Selain itu, Siti turut berterima kasih kepada Datuk Dr. Colin Lee, pengasas pusat berkenaan yang juga merupakan individu yang membantunya menjalani proses rawatan IVF.

Pada majlis itu, Siti Nurhaliza mempersembahkan lagu Comel Pipi Merah yang turut ditemani permata hatinya Siti Aafiyah Khalid yang dirakamnya ketika kandungannya berusia tujuh bulan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Siti mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa pada 21 Ogos 2006. Selepas lebih sedekad, Siti disahkan h4mil anak sulung pada Jun 2017 selepas beberapa kali menjalani rawatan kesuburan.

Sumber: IG ctdk

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Keluarga