5 Selebriti Bollywood Yang Bernikah Tanpa Restu Dari Ibu Bapa

Aamir Khan dan Gurmeet Choudhary adalah diantara artis yang ternyata pernah menikah tanpa restu orang tua mereka. Ada juga diantara mereka yang tidak mendapat restu dari ibu bapa kerana perbezaan agama. Sehingga pernikahan mereka yang sepatutnya bahagia bersama keluarga tercinta tidak langsung dihadiri oleh keluarga mereka sendiri. Tapi tidak hanya mereka, ada juga beberapa artis Bollywood yang juga menikah tanpa mendapat restu dari kedua orang tua. Bahkan ada juga dari mereka yang berani kerana telah memutuskan untuk bernikah di usia yang begitu muda.

Jom kita tengok siapakah artis ini.

Aamir Khan Dan Reena Dutta

via bollywoodbubble.com

Aamir Khan dan Reena Dutta adalah pasangan yang berkahwin tanpa restu dari ibu bapa mereka.

Ketika berusia 21 tahun, Aamir Khan telah melamar Reena yang ketika itu adalah jiran sebelah rumahnya. Namun, kerana perbezaan agama, hubungan mereka telah ditentang hebat oleh ibu bapa Reena. Reena menganut kepercayaan agama Hindu dan Aamir pula adalah seorang yang beragama Islam.

Namun, disebalik pertentangan mereka, Aamir tetap nekad melamar Reena Dutta pada ulang tahunnya yang ke 21. Mereka juga nekad untuk kahwin lari dan tanpa restu yang akhirnya berlangsung pada 18 April 1986 tanpa dihadiri oleh orang tua mereka sendiri.

Pasangan ini dikurniakan 2 orang anak iaitu Junaid dan Iera. Malangnya, perkahwinan meraka hanya bertahan selama 16 tahun dan akhirnya mereka memutuskan untuk bercer4i.

Aamir Khan kemudiannya berkahwin lagi dengan Kiran Rao dan telah dikurniakan seorang putera, Azad Rao Khan.

via bollywoodbubble.com

Padmini Kolhapure Dan Pradeep (Tutu) Sharma

via youtube

Semasa membintangi filem Aisa Pyaar Kahan, Padmini Kolhapure, pelakon India yang popular pada tahun 1980-an ini telah bertemu dengan seorang produser Pradeep Sharma. Bait-bait percintaan diantara mereka berdua telah berputik namun mereka tidak pernah meluahkan pada khalayak ramai.

Ibu bapa Padmini tidak menyetujui akan perhubungan mereka kerana Pradeep berasal dari komuniti yang berbeza. Padmini nekad untuk berkahwin lari dengan teman lelakinya itu setelah gagal meyakinkan ibu bapanya. Mereka akhirnya berkahwin pada 14 Ogos 1986 di sebuah rumah rakan mereka di Mumbai. Perkahwinan mereka masih kekal sehingga ke hari ini dan mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Priyank.

Sashi Kapoor Dan Jennifer Kendal

via Amar Ujala

Sashi Kapoor bertemu Jennifer Kendal di Kalkota pada tahun 1956. Pada masa itu, mereka bekerja di kumpulan teater masing-masing iaitu kumpulan Prithvi Theather dan Shakespeareana. Kedua-dua mereka akhirnya telah jatuh cinta dan memutuskan untuk berkahwin setelah beberapa kali bertemu.

Namun, ayah kepada Jennifer tidak merestui akan perhubungan mereka. Jennifer akhirnya datang ke Mumbai dan menikahi Sashi dengan adat tradisional India pada bulan Julai 1958. Kemudian pada tahun 1984, Jennifer telah men1ngg4l dunia kerana bar4h yang menyebabkan kehidupan Shashi Kapoor menjadi hancur.

Pasangan ini dikurniakan 3 orang anak iaitu Karen, Kunal dan Sanjana. Shashi Kapoor juga akhirnya men1ngg4l dunia pada Disember 2017 dan ketika itu usianya 75 tahun.

Gurmeet Choudhary Dan Debina Bonnerjee

via matamata.com

Gurmeet Choudhary dan Debina Bonnerjee dengan secara rasminya telah bernikah pada 15 Februari 2011 dihadapan keluarga dan rakan-rakan.

Namun, tidak ramai yang mengetahui bahawa pasangan ini sebenarnya telah bernikah secara rasmi pada tahun 2006 lagi. Mereka berkahwin dihadapan salah seorang rakan mereka sedangkan ibu bapa mereka langsung tidak tahu.

“Ramai orang beranggapan bahawa saya dan Debina bertemu ketika menjalani penggambaran Ramayan dan berkahwin pada tahun 2011. Tidak ramai yang tahu bahawa kami dulu bukan apa-apa dan kami juga bukan pelakon. Kami hanya mencari pekerjaan dan waktu itu kami berusia 19 dan 20 tahun. Kami tidak memberitahu ibu bapa kami. Hanya rakan-rakan kami yang menolong kami berkahwin di sebuah kuil di Goregaon.” Jelas Gurmeet dalam satu temubual.

Bhagyashree Patwardhan Dan Himalaya Dasani

via intipseleb.com

Bintang filem Maine Pyaar Kiya, Bhagyashree yang ketika itu baru berusia 21 tahun telah bernikah dengan Himalaya Dasani tanpa direstui oleh keluarga mereka. Perhubungan mereka telah ditentang kerana perbezaan kasta diantara mereka. Bhagyashree berasal dari Pathwardan yang terkenal. Keluarga Diraja Marathi Sangli yang terkemuka dan ayahnya juga adalah Raja Sangli.

Semasa mereka masih bersekolah, mereka berdua telah saling jatuh cinta. Oleh itu, ketika pulang dari sekolah, Himalaya telah melamar Bhagyashree dan lamaran diterima dengan jawapan “Ya“. Namun, cinta mereka telah ditentang dan pasangan ini akhirnya memutuskan untuk kahwin lari.

Mereka telah dikurniakan 2 orang anak iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Anaknya Abhimanyu Dasani pernah memenangi Anugerah Pelakon Filem Lelaki Terbaik kerana persembahannya menerusi filem Mard Ko Dard Nahi Kota pada tahun 2019.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Murai.my