Diminta Tukar Nama Anak Gara2 Bermaksud Kurang Harmoni? Ini Respon Asmirandah

Aktres dan penyanyi Indonesia, Asmirandah dan suaminya Jonas Rivanno sedang berkongsi kebahagiaan setelah anak pertama mereka dilahirkan tepat pada momen Natal 2020. Anak perempuannya itu adalah hadiah terindah untuk mereka yang berkahwin pada tahun 2013 setelah penantian selama 7 tahun.

Bayi yang baru dilahirkan itu diberi nama Chloe Emmanuelle van Wattimena. Namun, baru-baru ini Asmirandah sedikit tergangggu terdapat laporan yang memintanya untuk menukar nama bayinya kerana dianggap kurang harmoni. Ingin tahu dengan lebih lanjut? Scroll sampai habis okay!

Asmirandah Diminta Tukar Nama Anak

via @asmirandah89

Sedang diulit kebahagiaan dengan bayi yang baru dilahirkan, Asmirandah mendapat berita yang kurang enak apabila terdapat artikel yang meminta aktres dan penyanyi berusia 31 tahun itu menukar nama anaknya. Setelah dilihat, artikel tersebut memuat naik mengenai maksud nama Chloe yang dikatakan tidak harmoni.

“Tiba-tiba ada berita yang tidak menyenangkan untuk dibaca mengenai Chloe..pada awalnya saya tidak mahu membincangkannya, tetapi saya percaya ada doa di sebalik setiap nama yang diberikan oleh ibubapa kepada anak-anak mereka.”- Kata Asmirandah

Menyediakan Nama Anaknya Lebih Dari 3 Tahun

via @asmirandah89

Asmirandah atau nama penuhnya Asmirandah Zantman menegaskan bahawa tidak akan mengubah atau menukar nama anaknya dan beliau turut mengaku tidak percaya akan ramalan orang lain mengenai nama anak perempuannya. Asmirandah mendedahkan bahawa nama itu telah disediakan oleh suaminya selama lebih dari 3 tahun.

“Terima kasih di atas cadangan, tetapi nama anak kami tetap ‘Chloe Emmanuelle Van Wattimena’. Nama ini telah kami bawa dalam doa selama lebih kurang 3 tahun, kelahiran Chloe adalah bukti bahawa rahmat Tuhan itu nyata dalam kehidupan kita. Kehidupan Chloe tidak bergantung pada apa orang katakan, apa yang diramalkan oleh orang dan apa yang orang ramalkan.”- Jelas Asmirandah

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Asmirandah (@asmirandah89)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Asmirandah (@asmirandah89)

Apa komen anda?

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!  

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon 

Sumber: murai