Selebriti dan usahawan popular, Neelofa menerusi sidang medianya semalam mengakui hubungan dengan Pencetus Ummah Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail semakin pulih.
Akuinya lagi, seperti pasangan lain, hubungannya dengan Riz juga ada melalui tempoh salah faham dan ada dugaan tersendiri.
Neelofa & Riz Lalui Dugaan
Mengimbas kembali sebelum ini, hubungan Neelofa dan Riz mula menjadi perhatian pada akhir Disember lalu apabila adik-beradik Neelofa dilihat memuatnaik beberapa ‘quote’ sama mengenai warna sebenar seseorang.
Lebih menimbulkan tanda-tanya apabila mereka tidak lagi mengikuti Instagram pendakwah tersebut termasuk ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohammed.
Malah kisah mereka semakin hang4t diperkatakan apabila ada individu mendakwa, Neelofa terkena minyak pengasih dan sudah menikah secara rahsia di Kelantan, selain memindahkan sejumlah wang ke akaun Haris. Bagaimanapun semua dakwaan itu dinafikan Neelofa beberapa hari selepas itu.
Hubungan Pulih Diselesaikan Secara Perbincangan
Neelofa juga akui semua itu sudah diselesaikan secara baik menerusi perbincangan.
“Sebenarnya macam ini, tipulah saya cakap dalam setiap perhubungan itu tiada turun naiknya. Kami juga lalui benda yang sama.
“Ada masanya ada salah faham, ada perkara yang mengg4nggu. Tetapi kami berdua berjaya mengatasi cabaran itu, menerusi komunikasi dan bantuan keluarga juga.
“Kami juga banyak berbincang dan alhamdulillah sekarang ini semakin baik dan positif,” ungkapnya.
Hubungan Keluarga Neelofa & Riz Semakin Baik
Neelofa juga menjawab pertanyaan media mengenai perhubungan Riz dengan keluarganya yang sebelum ini dilihat turut berant4kan apabila adik-beradik Neelofa tidak lagi mengikuti Riz di media sosial.
“Ketika keadaan teg4ng baru-baru ini, kami beri masa untuk semua bertenang. Selepas itu saya dan Haris berbincang untuk cari penyelesaian terbaik.
“Kami kemudiannya pergi berjumpa kedua-dua buah keluarga untuk terangkan keadaan sebenar. Perlahan-lahan, semuanya makin baik, makin pulih.
“Kami tak paksa untuk semua orang faham dan terima, alhamdulillah ia membuahkan hasil yang positif.
“Bagi saya apa yang penting dalam situasi seperti ini adalah kami berdua. Alhamdulillah kami ada persefahaman yang baik dan ia membantu untuk memulihkan keadaan,” katanya.
Tarikh Perkahwinan, Bakal Beri Kenyataan Dalam Masa Terdekat
Neelofa juga turut menerangkan tentang tarikh perkahwinan mereka yang khabarnya akan dipercepatkan.
“Buat masa ini, saya pun sukar untuk menjelaskan dengan situasi semasa dan pelaksanaan kawalan pergerakan sebagainya.
“Insya-Allah selepas semuanya pasti nanti, saya akan beri kenyataan dalam masa terdekat,” hurainya.
Lancar Aplikasi TheNoor
Pada pertemuan secara maya yang sama, Neelofa telah melancarkan aplikasi TheNoor.
Ia adalah sebuah aplikasi yang dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri khas seperti waktu solat, arah kiblat, lokasi-lokasi masjid berdekatan. Selain itu, ia turut menawarkan fungsi tafsir al-Quran dalam lima bahasa berbeza iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil dan Bahasa Indonesia.
View this post on Instagram
Sumber: SinarPlus
Sumber Foto: Instagram Neelofa
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : MingguanWanita