Usop Memberi Pendedahan Tidak Akan Lib4tkan Teman Wanitanya Dalam Karier Muzik

Penyanyi Usop memaklumkan bahawa dia lebih selesa untuk tidak membabitkan teman wanitanya yang juga merupakan seorang model sambilan dalam kerjaya seninya.

Menurut Usop atau nama sebenarnya, Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 24, berkata, sebolehnya dia enggan mencampuri hal berkaitan peribadi dalam karier muziknya.

“Kalau boleh orang yang (berkait) peribadi, saya tak nak masuk dalam bidang saya, saya t4kut…kalau boleh saya nak fokus pada karier saya sahaja.

“Lagipun dia tak minat sangat berlakon, kalau setakat jadi model bolehlah,” katanya kepada Gempak sewaktu sidang media pelancaran single terbaharunya berjudul Lenyap secara maya menerusi Zoom.

Usop berkata demikian sebagai respons mengenai kesediaannya untuk menjadikan teman wanita sebagai pelakon dalam muzik video lagunya.

Begitupun, kata Usop dia turut mendapatkan komen mengenai lagu baharunya itu daripada teman wanitanya.

“Saya ada beri dia dengarkan lagu ini, dia cakap sedap,” katanya yang kini menjalin hubungan cinta dengan wanita bernama Nur Fatehah.

Dalam pada itu, Usop mengakui menggunakan pelakon wanita sama dalam muzik video Lenyap kali ini.
 
“Jalan cerita muzik video lagu ini merupakan kesinambungan daripada Aku Yang Bersalah dan Selamanya. Jadi, kami guna perempuan yang sama,” katanya.
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Usop 🌺 (@usopofficial)

Kata Usop lagi, dia berharap agar muzik video itu nanti dapat mencecah melebihi 23 juta tontonan yang merupakan rekod terbaik yang pernah dicapai sebelum ini menerusi Selamanya.
 
Muzik video Lenyap akan menemui orang ramai secara rasmi di Youtube menerusi saluran Universal Music Malaysia bermula pukul 9 malam ini.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak