Tiada lagi sentuhan magis… ‘Hero’ perasa Indomie, Nunuk Nuraini pergi selamanya

PENCIPTA perasa mi segera kegemaran ramai Indomie iaitu Nunuk Nuraini men1ngg4l dunia pada Rabu lalu pada usia 59 tahun.

Berita itu turut disahkan oleh jurucakap Indomie, Nurlita Novi Arlaida mengenai perkhabaran sed1h itu namun tidak dinyatakan sebab wanita itu men1ngg4l dunia.

“Benar, Nunuk Nuraini telah men1ngg4l dunia dan kembali kepada Allah,” katanya.

Nunuk yang juga graduan dalam bidang teknologi makanan dari Universiti Padjadjaran, Bandung, Indonesia mula bekerja di bahagian pembangunan makanan di Indofood sejak 30 tahun lalu.

Berita kem4tian Nunuk Nuraini mengejutkan peminat mi segera itu.

Antara perasa ciptaan allahy4rh4m termasuklah perasa soto, rendang, kari ayam, sambal matah dan OG mie goreng.

Indomie bukan sahaja popular dalam kalangan penduduk di Indonesia malah Malaysia serta di seluruh dunia yang gilakan produk keluaran jenama itu.

Malah produk itu juga turut dipasarkan di 80 buah negara di seluruh dunia – termasuk menjadi jenama terkenal di Australia dan Amerika Syarikat.

Pada November 2019, Los Angeles Times turut menamakan perasa ayam barbeku sebagai mi segera terbaik manakala perasa OG mie goreng ciptaan Nunuk berada di tempat kesepuluh.

Sementara itu, pada 2017, Nunuk mendapat pengiktirafan daripada Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil yang menamakannya sebagai ‘hero’.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mStar