Sealand : Negara Terkecil Dunia Di Tengah Lautan

Sekiranya anda meminati geografi, anda pasti pernah mendengar tentang istilah ‘negara mikro’ atau ‘micronation.’

Negara mikro adalah negara-negara kecil yang terhasil melalui bermacam jenis cara dan sebab, bergantung kepada sejarahnya. Namun, bukan semua negara mikro diiktiraf dengan kewujudannya dianggap tidak sah malahan ada yang dilabelkan mel4ngg4r peraturan undang-undang antarabangsa.

Sealand adalah salah sebuah negara mikro yang layak dikategorikan dalam jenis tersebut. Sebuah ‘negara’ kecil yang terletak di tengah lautan, Sealand mempunyai sejarah panjang yang sangat menarik untuk sebuah negara sekecil itu.

Sejarah awal Sealand

Sealand pada awalnya adalah sebuah pengkalan tentera laut British yang dibina pada tahun 1943, dengan nama Fort Rough. Fort Rough dibina khas untuk mengekang ser4ngan dan anc4man kapal-kapal Nazi di sekitar kawasan tersebut. Pengkalan itu digunakan semasa per4ng dunia kedua sehinggalah ditinggalkan pada tahun 1956.

Keduduk4n Fort Rough agak strategik, berada 6 km daripada garis sempadan milik kerajaan United Kingdom seterusnya meletakkan Fort Rough berada dalam perairan antarabangsa namun lebih 11 tahun Fort Rough dibiarkan begitu saja tanpa penunggu.

Bagaimanapun semua itu berubah sekitar tahun 1967. Oleh kerana statusnya berada di luar taklvk4n mana-mana negara, Fort Rough menjadi rebutan beberapa individu yang mahu menjadikan lokasinya sebagai pusat operasi stesen radio bebas. Seorang individu bernama Jack Moore menjadikan Fort Rough pusat operasi Wonderful Radio London kerana tidak mahu dibelenggu undang-undang kawalan radio yang baru diperkenalkan.

Wonderful Radio London tidak dapat beroperasi lama sebelum Fort Rough diser4ang oleh Mejar Roy Bates, seorang tentera pencen bersama rakan serta anaknya yang mahu mengambil alih Fort Rough untuk tujuan sama. Invasi mereka berjaya dan Fort Rough mula menjadi lokasi operasi milik Roy, dengan ‘Radio Essex’ mahu memulakan siarannya.

Rancangan Roy tergendala selepas kerajaan Britain sekali lagi mengeluarkan larangan siaran daripada lokasi marin oleh warga British walaupun yang beroperasi dari perairan antarabangsa. Menukar rancangannya dan atas nasihat peguamnya, Roy mengumumkan penubuhan negara bebas Sealand di Fort Rough – satu langkah yang sebenarnya tidak mel4ngg4r sebarang undang-undang yang ada.

Keduduk4n Fort Rough di atas perairan antarabangsa serta menjadi struktur yang telah lama ditinggalkan, melayakkan Sealand ditubuhkan secara rasmi.

Menent4ng pember0ntak4n di negara sendiri

Bagi membuktikan kewujudan Sealand, Roy mula berusaha menulis perlembagaan negara tersebut, mereka bentuk bendera negara, mencipta lagu kebangsaan, matawang, setem serta passport pada tahun 1975. Berkat usaha Roy, Sealand akhirnya berjaya ditubuhkan secara rasmi walaupun banyak pihak menganggap kewujudannya tidak sah.

Walau demikian, keduduk4n Sealand yang strategik menjadikannya rebutan ramai. Pada tahun 1978, sekumpulan peniaga daripada Belanda dan Jerman bertemu dengan Roy di Austria bagi membincangkan berkenaan urusniaga berlian. Roy dan isterinya tiba di Austria namun mendapati mesyuarat yang dijanjikan tidak benar-benar wujud.

Rupa-rupanya itu hanyalah hel4h untuk sebuah pasukan yang diketuai oleh Alexander Achenbach dengan askar-askar upahan mahu mengambil alih Sealand. Sealand yang dijaga oleh anak Roy, Putera Michael berjaya ditawan dengan mudah atas kesilapan Michael membenarkan helikopter yang membawa pember0nt4k mendarat. Michael dikurung selama beberapa hari sebelum Roy kembali dengan pasukannya, mengambil alih semula negaranya serta menyelamatkan anaknya.

Status Alexander sebagai salah seorang pemegang passport Sealand meletakkan dirinya sebagai pember0nt4k. Alexander didakwa cuba menggulingkan kerajaan Sealand yang sah dan dipenj4rakan selagi dia belum membayar wang denda sebanyak RM145,000. Alexander yang turut sama memegang kewarganegaraan Jerman mendapat bantuan kerajaannya yang cuba berunding dengan pemerintah Sealand, untuk tujuan pembebasan tahanan per4ng.

Walaupun dibebaskan, Alexander menubuhkan Sealand Rebel Government dan menamakan tuntutannya sebagai pemilik sah Sealand sehinggalah dia men1ngg4l dunia.

Sealand kini

Berikutan kawasannya yang kecil dan sangat terhad, tidak banyak yang boleh dibuat oleh Sealand untuk menjana ekonomi mereka. Kegiatan ekonomi Sealand tertumpu kepada penjualan passport, dengan anggaran 150,000 orang pemegang keseluruhannya sebelum Roy membatalkan kesemua passport yang telah dikeluarkan pada tahun 1997.

Sealand juga menjual darjat kebesaran kepada mereka yang mahu, dengan bayaran RM180 anda layak bergelar Lord atau Lady of Sealand. Jika mahukan pangkat lebih tinggi, dengan bayaran RM1200, anda akan bergelar Count of Sealand.

Banyak tawaran diterima oleh pihak-pihak yang mahukan Sealand, kerana lokasinya yang bebas daripada tekanan undang-undang termasuklah kumpulan cetak rompak terkenal dunia The Pirate Bay yang menawarkan untuk membeli Sealand, bagi membolehkan operasi mereka diteruskan di situ.

Sehingga kini status Sealand agak kabur. Roy, pengasas Sealand men1ngg4l dunia pada tahun 2012 akibat s4kit tua men1ngg4lkan Sealand kepada isterinya, Permaisuri Joan dan anak mereka Michael sebagai pemerintah bersama. Pada tahun 2016, Permaisuri Joan men1ngg4l dunia men1ngg4lkan Michael sebagai pemerintah tunggal Sealand. Bagi memperingati kem4tian pengasas mereka, pada Mac 2018 syiling peringatan memaparkan wajah Permaisuri Joan dikeluarkan oleh kerajaan Sealand.

Negara Sealand sehingga kini masih wujud dengan legasi pemerintahan negara mikro itu bakal diwarisi Putera James dan Puteri Charlotte, cucu kepada Roy satu hari nanti.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Iluminasi