Lain anak lain per4ngainya. Ada yang suka makan, suka mengemas dan tidak kurang juga rajin dalam segala hal. Semuanya punya gelagat sendiri. Namun inilah yang membuatkan kita lebih mengenal anak-anak kita.
Pelakon, Ozlynn yang juga isteri kepada Johan tidak terkecuali berkongsi gelagat anak-anak mereka. Namun paling mencuit hati pastinya gelagat anak bongsu kesayangan, Moleiq yang sentiasa menghiburkan seisi keluarga.
Bukan hanya tidak suka bersalam dan penggeli, bahkan Moleiq juga rupanya boleh tidur di mana-mana sahaja dengan nyenyaknya bila terlalu mengantuk.
Menerusi instagramnya, Ozlynn berkongsi beberapa keping gambar Moleiq yang tertidur di ruang tamu rumah mereka. Namun menariknya, bukanlah di sofa dengan selesa tetapi di tempat yang tidak pernah dijangka.
“Dia ni memang pelik-pelik cara tidur dia, sebijik pak dia.
“Kat mana pun boleh membuta. Sape jenis macam ni. Duduk berdiri pun boleh membuta. Hhaihhh Moleiq…. oh Moleiq,” kongsinya.
View this post on Instagram
Dengan hanya berdiri dan meletakkan kepala, Moleiq boleh tertidur di kerusi, di tengah ruang tamu. Siapa sangka boleh tertidur macam ini sekali kan?
Lebih menarik lagi, menerusi entri berlainan yang dikongsikan Ozlynn, kali ini Moleiq bertindak bijak dengan mencari lokasi sesuai untuk tidur sebaik selepas solat berjemaah seluruh ahli keluarga.
“Kali ni macam mana pulak dia tidur yek. Tetibe je.. t4h1yat akhir dengar menguap.
“Masa doa je aik terus carik port baik punya.. haaaa kan dah cakap dia di mana-mana saja boleh tidur package bagi hadiah air liur. Haihhh moleiq.. moleiq,” tulisnya lagi.
Gelagat Moleiq itu mendapat pelbagai reaksi dari pengikut Ozlynn dan Johan di instagram. Malah masing-masing terhibur dan kata mereka aksi Moleiq bukan hanya comel bahkan amat mencuit hati.
View this post on Instagram
” Hebat betul Moleiq nie”
” Kalaulah termimpi terjatuh ke..mahu tergolek Moleiq tu.”
” Boleh pulak sebelah kaki tu tahan”
Sememangnya aksi Moleiq di instagram sentiasa menjadi perhatian para pengikut pasangan ini. Malah ada peminat yang tertunggu-tunggu, lebih-lebih lagi video yang dikongsikan oleh Ozlynn. Semoga Moleiq terus menjadi anak solehah, penceria seluruh keluarganya.
Kredit: @jozlynnhanania
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Pa&Ma