Kemelut yang melibatkan antara aktres Rita Rudaini, 45, dan bekas suami, Aidil Zafuan, 34, nampaknya masih belum temui titik noktah.
Hari ini, Rita mendedahkan Aidil pernah datang ke rumah dan tidur dengan anak-anak, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna selama seminggu.
Malah, katanya dia turut memasak untuk Aidil dan anak-anak makan bersama.
Tegas pemilik nama Rita Rudaini Mokhtar, dia terpa.ksa membuka rahsia kerana sudah banyak fit.nah yang tersebar.
“Siap masak bagi ayah dan anak makan bersama-sama. Jadi apa lagi? Haishh sebenarnya tak mau cerita sebab ini rahsia saya dan Aidil. Tapi banyak pula pihak sana tabur fit.nah kan. Jadi inilah kisah,” kata Rita menerusi ruangan komen di Instagram (IG).
Dalam pada itu, pelakon filem Mami Jarum ini berharap agar pihak berkaitan tidak mele.nting kerana dia berkongsikan cerita sebenar.
Malah, dia turut memohon agar tidak lagi menggangu kehidupannya bersama anak-anak.
“Jangan ma.rah na. Ini adalah kisah benar, tak baik mohong (ti.pu). Do.sa.. Bila dah ada yang mengungkit, jadi makanya kami nak habaq (bagitahu) lah perkara sebenar.
“Jangan dok kata kami yang dok hingaq (bising). Jangan dok kac.au kami la kalau dah rasa bahagia dengan plan korang.
“Ke masih tak puas hati tengok saya masih elok hidup besarkan malaikat kecil saya? Insya-Allah. Allah tak pernah tinggalkan kami. Saya percaya, Allah akan lindungi orang yang benar dan teraniaya.
“Bahagia la dengan cara sendiri. Masing-masing ada bahagian yang Allah dah janji. Jangan cuit, kalau tak mau terpelanting,” tulisnya lagi.
View this post on Instagram
Terdahulu, Aidil mengeluarkan kenyataan mengenai kekesalannya difit.nah dan dima.ki sehingga meneybabkan dia tampil bersuara mempertahankan diri.
Tidak mendiamkan diri, Rita menegaskan dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang didak.wa bekas suami, iaitu mengenai pemberian nafkah kepada anak-anak.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak