Isu 8 Penduduk Miskin Sabah Dikompaun. Ini Tindakan ADUN Melalap

TENOM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Datuk Peter Anthony tampil membantu membayar komp4un yang dikenakan kepada lapan penduduk Kampung Angalor pada 27 Januari lalu.

Perkara itu dikongsi beliau melalui Facebooknya pada Selasa selepas tular di media sosial berhubung kejadian yang menimpa penduduk berkenaan.

“Seperti yang dijelaskan oleh penduduk yang terlibat, kompaun RM1,000 itu berpunca akibat mel4nggar prosedur operasi standard (SOP).

“Saya difahamkan mereka terdiri daripada warga emas dan orang kurang upaya (OKU) yang terpaksa turun ke Pekan Tenom untuk membeli bekalan makanan dan ubat-ubatan,” katanya.

Peter yang juga bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah berkata, atas nilai kemanusiaan beliau tampil membantu penduduk terbabit.

“Saya rasa terpanggil untuk membantu mereka untuk membayar komp4un tersebut kerana saya memahami situasi dan keadaan penduduk kampung yang tinggal jauh dari kawasan pekan.

“Malah ada di antara mereka yang tidak mempunyai akses internet dan televisyen untuk mengikuti perkembangan semasa terutamanya yang berkaitan dengan SOP sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu juga menasihatkan penduduk terbabit supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Hari ini (semalam) saya sempat pergi ke bank dan terus bergegas ke Hospital Tenom untuk membantu melangsaikan komp4un tersebut.

“Saya sempat menasihati mereka agar sentiasa mematuhi SOP pada masa akan datang. Semoga pertolongan kecil ini akan meringankan beban penduduk yang terlibat.
  

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar