Pensyarah mohon maaf prov0kasi pengguna jalan raya

Seorang profesor madya membuat permohonan maaf di atas tindakannya mem4ki h4mun seorang pengguna jalan raya, hari ini.

Bahariah Khalid yang bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Perubatan dan Sains k3sihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) memuat naik gambar bertulis perkataan ‘maaf’ di Instagram miliknya.

Wanita itu turut menulis kapsyen “Jika saya salah, saya minta maaf. Jika saya betul, saya maafkan semua. Spread the positivity. Im done. Assalamualaikum”

Terdahulu, satu video tular di media sosial apabila seorang individu dipercayai doktor mendoakan orang awam supaya dijangkiti cov1d-19.

Dua video berasingan yang dimuat naik di laman Twitter masing-masing berdurasi dua minit 20 saat dan 30 saat itu menyaksikan sebuah kereta yang dipercayai dipandu seorang doktor melakukan pusingan U sesuka hati di kawasan sekitar h0sp1tal Serdang.

Tindakan wanita itu nyaris menyebabkan berlakunya kem4lang4n dengan kenderaan lain.

Pengguna Twitter Fadzli Amin atau @Fadzmin yang memuat naik dua video itu memaklumkan pemandu tersebut yang juga seorang doktor telah melakukan provokasi.

“@kkmm_gov @KKMPutrajaya macam ini kah sahsiah seorang doktor? Lokasi di h0sp1tal Serdang.

“Cara dia membuat pusingan U membahayakan orang lain dan melakukan provokasi melampau. Wajarkah seorang doktor mendoakan orang lain kena (dijangkiti) cov1d-19?,” ciap @Fadzmin.

Dalam pada itu, menurut sumber, pihak h0sp1tal Serdang menafikan wanita berkenaan merupakan kakitangan atau pengamal perubatan h0sp1tal Serdang.

Setakat pukul 2 petang hari ini, video tersebut mendapat kira-kira 1.38 juta tontonan di laman Twitter.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://cempedakcheese.com/profesor-madya-mohon-maaf-provokasi-pengguna-jalan-raya/