Pandemik c0v1d-19 kini membawa lembaran norma baharu yang tidak pernah dijangkakan daripada budaya pemakaian pelitup muka, kena scan suhu dahulu sebelum memasuki premis perniagaan serta peraturan penjarakan sosial yang tidak membenarkan kita semua berkumpul secara beramai-ramai di sesuatu tempat awam.
Tahun 2019 merupakan tahun dimana kita bebas kemana sahaja tanpa perlu penjarakan sosial dan memakai pelitup muka. Semua itu hanya tinggal menjadi kenangan sejak w4b4k pandemik melanda seluruh dunia pada awal tahun 2020 sehingga kini.
Terbaharu, perkongsian pengguna Twitter @NegeriKelantan menarik perhatian netizen apabila memuat naik beberapa gambar pada tahun 2019 yang disunting seperti pada tahun 60an pastinya mengimbau nostalgia.
Zaman dulu-dulu kalau ingat.
Orang yang pernah lalui pasti rindu. pic.twitter.com/eYXDRzInGC— Kelateku 🇲🇾 (@NegeriKelantan) February 3, 2021
Perkongsian tersebut disertakan bersama kapsyen “Zaman dulu-dulu kalau ingat. Orang yang pernah lalui pasti rindu”.
Sememangnya tidak dapat dinafikan, kita semua pastinya merindui kehidupan norma lama yang bebas nikm4ti kehidupan tanpa perlu bimbang pada tahun 2019. Paling tidak dilupakan, aktiviti menonton perlawanan bola sepak sambil menikm4ti makanan di gerai mamak. Ayuh, kita lihat momen-momen indah tersebut yang diabadikan dalam gambar-gambar ini.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata memberikan reaksi kagum terhadap penyuntingan gambar-gambar ini ala vintage dan epik. Bukan itu sahaja, para netizen turut rindu keadaan dahulu yang meriah dan bebas tanpa sebarang halangan.
Missing the old days https://t.co/vi7u9EABuA
— TEEniey Shah (@moonfairies0316) February 4, 2021
Berharap kita semua mampu bersabar dan mendoakan supaya penul4ran w4b4k c0v1d-19 ini segera pulih agar kita semua mampu menjalani norma lama yang tidak ada peraturan pemakaian pelitup muka, scan suhu serta kewajipan penjarakan sosial di tempat-tempat yang tertentu.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : https://www.thevocket.com/