Wanita Ded4h Drama Takdir Yang Tertulis Sama Macam Kisah Dirinya, Terlalu Percaya Suami

Meskipun baru episod 7, namun drama Takdir Yang Tertulis kini trending dan menjadi bualan ramai di media sosial. Mana tidaknya, rakyat Malaysia sememangnya ‘pantang’ kalau pasal suami cur4ang.

Malah, watak Juweta ternyata membuatkan penonton emosi. Sebentar tadi, pengarah drama tersebut, Shahrulezad Mohameddin berkongsikan mesej diterima daripada seorang netizen yang sekaligus membuka mata orang ramai.

Menerusi perkongsian itu, seorang wanita tampil berani mended4hkan kisah hidupnya sama seperti drama tersebut apabila rakan baiknya sendiri mer4mp4s suaminya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat)

Wanita itu juga mengakui ketika berumah tangga dia tidak sibuk untuk memeriksa telefon suaminya, serta tidak bertanyakan ke mana suaminya pergi atas dasar percaya.

Lebih memilvk4n rakan baiknya itu juga jenis seorang yang ‘innocent’ seperti watak Ruhila.

Bagaimanapun, wanita itu berkata dia sudah move on dan sudah berp1sah dengan suaminya. Ujarnya, bekas suaminya sudah pun berkahwin dengan rakan baiknya itu.

Dalam pada itu, Shahrulezad berkata karyanya itu bukan cerita saja-saja tetapi hakikatnya hal seperti itu benar-benar terjadi.

Shahrulezad turut percaya bahawa ada hikmah di sebalik kejadian berlaku pada wanita itu dan mungkin Allah sudah aturkan yang lebih baik.

SUMBER: Instagram Shahrulezad 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gulapop