SEORANG wanita tidak pernah terfikir akan membesarkan dua anak kembarnya sendirian, selepas dua cahaya mata yang ditunggu-tunggu dia dan suami akhirnya lahir selepas enam tahun perkahwinan.
Bagaimanapun, segalanya sudah ditakdirkan apabila hbungan bersama suami tidak dapat diselamatkan ketika kedua-dua si comel memasuki usia enam bulan.
Begitulah perjalanan hidup ibu tunggal berusia 29 tahun ini yang perlu menggalas tanggungjawab berat membesarkan sepasang kembarnya sejak bercer4i pada 2012.
“Tvmpah air mata hari ini. Enam tahun kahwin tiada anak dan kemudian Allah hadiahkan anak kembar tetapi Allah duga jodoh tak panjang. Ibarat ibu tunggal sejak anak enam bulan dan sekarang dah lima tahun,” tulisnya pada kapsyen video yang dikongsi di TikTok.
Viideo tersebut menunjukkan air matanya bercucuran ketika menghantar dua anak kembarnya ke sekolah.
Sambutan ulang tahun ke-2 anak kembar Nuyoy.
“Abang, anak kita dah sekolah tau. Tapi sebab PKP saya terpaksa hantar mereka ke cikgu private.
“Dulu kita pernah janji kan nak jaga mereka sama-sama. Nak tengok mereka membesar, bawa pergi bercuti… tapi kita hanya mampu merancang Allah tentukan jodoh kita tak panjang.
“Saya tak m4rah abang, tak benci abang. Saya reda dengan apa yang dah jadi, cuma hari ni hati saya terusik. Anak kita dah besar bang, anak kita dah besar,” demikian luahan yang dibuatnya menerusi video tular itu sambil menangis teresak-esak.
Ketika dihubungi mStar, Nurul Afiqah Kamaruddin atau lebih mesra disapa Nuyoy berkata hatinya tiba-tiba terusik dan air mata mengalir sebaik sahaja menghantar kedua-dua anaknya pergi belajar bersama guru persendirian bagi mata pelajaran bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin
Nuyoy yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan berkata lu4han hati seperti itu jarang sekali berlaku apatah lagi dikongsikan bersama orang ramai, tetapi pada hari itu dia terpanggil untuk merakam video bagi memberi kekuatan kepada mereka luar di sana yang senasib dengan dirinya.
“Masa tu saya hantar anak ke kelas bahasa Inggeris dan Mandarin. Saya saja ambil gambar mereka. tak r4kam apa-apa.
“Tiba-tiba masa dalam perjalanan nak balik hati saya rasa seb4kk sangat sebab macam tak percaya anak dah besar.
“Air mata pun mengalir tak berhenti. Saya bukan tak move on cuma teringat kenangan lama dengan bekas suami yang berjanji nak besarkan anak sama-sama,” katanya.
Anak-anak Nuyoy semakin membesar.
Nuyoy yang merakam sendiri dirinya sedang menangis dalam kereta dan membuat suntingan menjadi satu video luahan hati terkejut apabila perkongsiannya di TikTok tular dengan mendapat 9,000 likes dan lebih 1,000 komen dalam masa singkat.
“Saya tak niat nak m4lvk4n bekas suami. Dalam tu pun tak ada langsung cerita apa-apa, memang sekadar luahan suara hati saya sahaja.
“Tak sangka ramai yang beri kata-kata semangat dan kongsi pengalaman mereka dengan saya.
“Tak salah untuk seorang ibu tunggal menangis bagi melepaskan kesed1han tetapi jangan sampai mengabaikan anak,” katanya.
Tak salah untuk seorang ibu tunggal menangis bagi melepaskan kesed1han tetapi jangan sampai mengabaikan anak
NURUL AFIQAH KAMARUDIN
Sementara itu, Nuyoy bersyukur kerana walaupun terpaksa membesarkan dua anak sendirian, rezekinya selepas bercer4i semakin luas.
Selain menjual emas secara online, dia juga memiliki dua taska di Kuala Pilah, Negeri Sembilan di mana dia juga tinggal di lokasi sama.
Video lu4han hati Nuyoy beserta gambar anak mengundang seb4kk netizen.
“Banyak sangat perubahan hidup saya. Dari hidup susah selepas cer4i, kereta rosak pun tak ada duit nak baiki, jual kacang masin 50 sen sampailah saya berniaga online dan kini ada rezeki lebih dapat buka taska.
“Saya bersyukur sangat dikurniakan keluarga dan rakan-rakan yang sangat memahami dan selalu beri sokongan sehingga hari ini,” ujarnya.
Dua anak kembarnya, Iman dan Aneesa kini berusia lima tahun dan dijaga sepenuhnya oleh Nuyoy.
Dengan perkongsian tersebut, dia berharap sedikit sebanyak dapat membuka mata masyarakat bahawa tidak semestinya tanpa suami seorang wanita tidak boleh berjaya.
“Saya belum kaya tetapi InsyaAllah menuju kesenangan,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : mStar via TTK