Setengah Tahun Gugvr Sampai 3 Kali, Kini DATIN ZAI Syukur Rasa Nikmat Ibu 2 Anak

Rezeki Allah Taala pasti ada apabila sampai waktunya. Walau berdepan pelbagai cabaran besar untuk menimang cahaya mata kira-kira dua tahun lalu, kini Datin Zai Izatti merupakan ibu kepada dua orang anak. Empunya badan sendiri pun tidak menyangka, aturan Allah untuk mengurniakan zuriat kepadanya adalah secepat ini. Hanya ungkapan alhamdulillah yang terpacul di bibir ratu hati Datuk Jamal Abdillah ini setiap kali berkongsi cerita mengenai perjalanannya menjadi seorang ibu.

Selamat menerima kehadiran ‘orang baru’ pada tanggal 11 November 2020 yang juga seorang bayi lelaki, ibu berusia 27 tahun ini berkata keh4milan anak kedua disifatkan lebih mudah berbanding anak sulungnya, Nur Azura Yamani. Menamakan bayi lelaki mereka, El Issac Yamani… Datin Zai yang kini dalam proses berpantang meluahkan rasa syukur kerana diberi rezeki menikm4ti pengalaman bergelar ibu dua anak.

Mesra menyambut panggilan penulis, Datin Zai terbuka berkongsi momen kelahiran El Issac Yamani secara pembed4han sekitar dua bulan lalu. “Kenangan bersalin kali ini, lepas bayi keluar je dan selesai pembed4han saya terus diser4ng g4strik. Mungkin sebab semalaman berpuasa jadi masuk angin. Bahagian dari pusat ke bawah memang tak rasa apa waktu tu. Tapi perut memulas.

Lepas doktor bagi ubat alhamdulillah, baik. Ikutkan due date El Issac 17 November tapi sebab kena operate, doktor bagi kami pilih sendiri tarikh untuk bersalin. Jadi 11 November jadi pilihan. Jantina anak pula dari usia dia 4 bulan kami dah tahu dan masa El Issac lahir berat dia 3.05 kg.”

Credit: @newborn.heartshotfocus

Berhasrat untuk mempunyai sekurang-kurangnya empat orang anak, Datin Zai mendedahkan perjalanan untuk menimang cahaya mata tidak semudah yang disangka. Beliau pernah mengalami kegvgvran sebanyak empat kali sebelum melahirkan Azura. “Awal kahwin dulu kami suami isteri tak rancang tapi direzekikan h4mil. Bila dapat tahu gvgvr, sed1h sangat. Saya rasa mungkin waktu tu saya terlalu excited dan kandungan awal lagi tapi tak beritahu sesiapa pun.

Bayangkan, saya pernah gvgvr 4 kali baru dapat Azura. Sebelum itu memang saya ada cuba ambil suntikan dan supplement untuk h4mil. Bila banyak kali gvgvr, saya jumpa doktor sebab risau ada masalah berkaitan rahim atau sebagainya. Alhamdulillah, tak ada masalah.

Ketika dalam proses nak buat IVF, setengah tahun juga… tiga kali saya gvgvr. Sampai diri dah pasrah dan reda kalau ditakdirkan tak ada rezeki anak. Tapi waktu itulah, Allah ‘bagi’ Azura. Walaupun masa mengandungkan Azura saya alami banyak pendar4han tapi syukur semuanya dipermudahkan. El Issac pun saya h4mil secara semula jadi.”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by z E t t y 🍒 (@zaiizatti17_)

Nampaknya sekarang Datuk Jamal dan Datin Zai sudah pun mempunyai sepasang cahaya mata. Kalau anak sulung dulu diberi nama Nur Azura Yamani, uniknya nama anak kedua mereka El Issac Yamani atau singkatannya Zeck ini diambil sempena filem Azura! Terus terbayang lakonan Datuk Jamal sebagai Zeck dalam filem popular era 1984 tu.

“Sejak anak pertama lagi memang bapa dia yang pilih nama. Mula dulu Datuk nak nama Azura sebab memori kenangan filem tu. Anak kedua ni pun sama juga. Kalau tanya saya, saya memang tak pandai sangat nak bagi nama anak. Saya serahkan dekat Datuk. Issac tu diambil daripada nama Inggeris Ishak, Yamani pula sebab keturunan Yaman. Jadilah El Issac Yamani atau singkatan Zeck,” jelas Datin Zai yang mengaku tidak cerewet dalam bab pemberian nama anak. Untung Datuk Jamal!

Mengimbas kembali keh4milan kedua Datin Zai Izzati, beliau nyata tidak menyangka diberi rezeki timang cahaya mata sekali lagi ketika anak sulung baru berusia tujuh bulan. Memandangkan kurniaan terindah dari ilahi ini diterima dalam bulan Ramadan, pasangan romantis berkenaan menganggap ia satu rahmat buat rumah tangga mereka.

Ujarnya, beliau tidak mengalami alahan teruk sepanjang mengandungkan El Issac. “Mengandungkan El Issac ni tak teruk macam Azura dulu. Ada alahan dan rasa tak lalu makan sampai 4 bulan. Cuma yang saya perasan bila mengandung anak kedua, Azura jadi kuat meragam dan manja sangat. Sampai mandi dan makan pun menangis. Azura ni hyperactive, jenis tak boleh duduk diam. Ada je yang dia nak buat. Buat masa sekarang, saya dah mula hantar Azura ke playschool dari hari Isnin sampai Jumaat.”

Nur Azura Yamani

Memandangkan Azura sudah bersekolah, mudah untuk Datin Zai menguruskan rumah dan bayi. Malah beliau sendiri yang memasak menu berpantang di rumah. “InshaAllah saya berpantang 100 hari tapi sekarang ini tidaklah seketat amalan pantang awal bersalin dulu. Makanan yang ‘tajam’ saya elakkan dulu untuk 6 bulan.

Lagipun saya bersalin czer, tak boleh urut sangat. 10 hari pertama lepas bersalin dulu ada ambil confinement service. Mak saya pun ada jaga awal dulu. Tapi sekarang semua jaga sendiri termasuk lauk pantang. Sepanjang berpantang ni saya suka makan sayur kalian dan sawi juga ikan rebus.”

Diaju sama ada beliau ada perancangan untuk mengusahakan perniagaan, Datin Zai mengakui beliau pernah terlintas untuk memiliki bisnes sendiri namun semuanya masih di peringkat awal. “Buat masa ini tak tahu lagi hendak buat bisnes apa. Mungkin kedai makan sebab keluarga saya ada mengusahakan perniagaan tersebut. Tengoklah macam mana nanti,” ungkap Datin Zai sambil ketawa.

Sebelum mengakhiri perbualan, beliau berharap kedatangan tahun baharu yang diuji dengan situasi pandemik c0v1d-19 dan keadaan politik dan ekonomi yang tidak stabil dapat kembali pulih seperti sebelum ini. “Harapan tahun baharu, semoga semuanya berada dalam keadaan baik dan anak-anak saya dapat membesar dengan sempurna.”

Kredit foto: Instagram Datin Zai Izatti

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Nona