Ditinggal suami seawal usia 17 tahun, ibu muda ini tabah besarkan dua anak seorang diri

SETIAP pasangan suami isteri pasti menginginkan perkahwinan mereka kekal sehingga akhir hayat. Namun, tiada siapa yang mampu melawan takdir Allah apabila hubungan tang terbina putus di tengah jalan.

Begitulah nasib yang menimpa seorang wanita, Siti Aishah Ishak yang dicer4ikan suami pada usia 17 tahun.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, Siti Aishah yang kini berusia 23 tahun mengakui dia mendirikan rumah tangga telah berkahwin pada usia 14 tahun dan mendapat cahaya mata pertama setahun kemudian.

Selepas dua tahun melayari bahteri sebagai pasangan suami isteri, dia disahkan mengandung anak kedua dan kali ini seorang puteri pula.

Pada usia kandungan tujuh bulan pula, Siti Aishah memberitahu dia telah ditinggalkan suaminya sehingga terpaksa mencari rezeki dan membesarkan anak-anaknya seorang diri.

Menurutnya, anak-anaknya yang kini berusia lapan dan enam tahun masih belum bertemu bapa mereka yang menghilangkan diri sampai sekarang.

Perkongsian Siti Aishah mendapat pelbagai reaksi positif dari netizen yang rata-rata memuji kecekalannya dalam mengharungi kehidupan sepanjang bergelar ibu tunggal selain turut mendoakan agar dia sentiasa kuat menghadapi ujian daripada Allah SWT.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sumber : wowberita