Pernikahan pelakon Intan Ladyana, 38 dan Harris Alif, 22 pada Jumaat kelmarin masih lagi menjadi perhatian netizen.
Walaupun impian untuk mengadakan majlis pernikahan dengan tema yang dirancang terpaksa dilupakan, namun kedua-dua selebriti tersebut bersyukur urusan mereka dipermudahkan untuk bergelar suami isteri.
Cerita majlis pernikahan
Merujuk kepada perkongsian di Instagram Melodi, Intan dan Harris menceritakan serba sedikit momen ketika diijab kabul pada Jumaat lalu.
Harris dengan yakin dan matang menjelaskan bahawa dia akui gemuruh dan agak gugup namun tetap bersyukur kerana semua sudah selesai dengan baik.
View this post on Instagram
Nampak matang sangat
Apa yang mencuri perhatian netizen adalah keyakinan pelakon muda itu dalam memberikan jawapan kerana jarak usia Harris dan Intan adalah 17 tahun.
Walaupun lebih muda berbanding isteri, dapat diperhatikan sisi kematangan Harris menutupi usianya yang berumur 22 tahun.
Semoga dapat membimbing isteri 7 keluarga
Cakap jelas & confident
Dalam temu bual bersama Melodi, pasangan ini turut menjelaskan mengapa mereka mempercepatkan tarikh perkahwinan disebabkan kekangan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).
Mereka juga menjawab beberapa soalan berkenaan majlis-majlis yang sudah dirancang dan berkenaan kerjaya seni masing-masing.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber:Melodi