Tanah Merah: “Siapa tidak tertekan apabila rumah tangga baharu dibina itu dikatakan runtuh dan mereka bercer4i, sedangkan anak dan menantu saya sedang bahagia,” kata Zalaha Hassan, ibu kepada pasangan pengantin remaja yang berkahwin hujung tahun lalu.
Zalaha, 57, berkata, berita mengejutkan mengenai anaknya, Ahmad Faris Umar Alwi, 18, dan menantu, Nurin Irdina Mohd Muhizan, 16, yang didakwa sudah bercer4i itu disiarkan di dalam sebuah saluran YouTube kira-kira seminggu selepas pasangan itu berumahtangga.
Menurutnya, visual digunakan dalam saluran itu memaparkan gambar anak dan menantunya dalam persalinan pengantin seperti ditularkan ketika majlis perkahwinan mereka sebelum ini.
Katanya, selain itu, ia mengambil ciapan Twitter milik seorang pengacara televisyen popular yang mengatakan ‘baru dua minggu dah nak bercer4i sebab baru rasa tak bersedia, duit katering pun tak habis bayar lagi’.
“Pada hari sama berita itu tersebar, saya terus menghubungi selebriti itu dan meminta penjelasan mengenainya.
“Dia memaklumkan tidak mengetahui apa-apa, sebaliknya ciapannya itu bersifat menyeluruh dan tidak merujuk kepada anak dan menantu saya sebaliknya saluran terbabit mengambil k3sempatan dengan mengambil ciapan serta meletakkan gambar pasangan pengantin itu.
“Tidak lama selepas itu, pihak YouTube berkenaan menghubungi saya dan meminta maaf sebelum memadamkan video sudah ditonton lebih 100,000 penonton itu.
“Kami menganggap tindakan saluran itu tidak bertanggungjawab dan hanya bermotif ingin menarik pengikut sahaja dan tidak lama selepas itu satu video permohonan maaf disiarkan di saluran terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Zalaha berkata, enggan membiarkan perkara sama berlaku kepada orang lain dan pada masa sama ingin memberi pengajaran kepada saluran berkenaan, pihaknya membuat laporan di Ibu Pejabat p0lis Daerah (IPD) Tanah Merah pada 26 Januari lalu.
Menurutnya, laporan itu bertujuan untuk mengambil tindakan saman sivil terhadap pemilik akaun YouTube berkenaan yang dianggap secara terang-terangan menyebarkan fitn4h kepada mereka sekeluarga.
“Media sosial anak dan menantu bertalu-talu ‘diser4ng’ pertanyaan adakah perkara itu (pencer4ian) benar dan mengapa bercer4i.
“Saya mengalami tekanan kerana tidak pernah berhadapan dengan perkara sebegini sehingga menjejaskan k3sihatan,” katanya.
Sebelum itu, pasangan suami isteri terbabit bersama keluarga hadir ke Tetuan Hasif Kumar & CO untuk memfailkan saman sivil kepada saluran You Tube berkenaan.
Sementara itu, peguambela dan peguam cara keluarga berkenaan, Muhammad Hasif Hassan berkata, saman sivil itu bertujuan memberikan pengajaran kepada pemilik saluran YouTube terbabit supaya tidak menyebarkan fitn4h.
“Saluran itu perlu bertanggungjawab ke atas laporan yang berkait dengan anak guam yang sudah dimuatnaik menerusi YouTube,” katanya.
KREDIT:Hmetro
‘Sudah ketentuan jodoh kami tiba usia remaja’
TANAH MERAH: “Kami tak sangka bergelar suami isteri pada usia remaja begini, Allah sudah tentukan jodoh kami tiba awal,” itu jawapan pengantin remaja, Nurin Irdina Mohd Muhizan dan Ahmad Faris Umar Alwi, masing-masing berusia 15 dan 17 tahun.
Ketika ditemui di rumah Ahmad Faris Umar dekat Taman Kenanga di sini, pasangan pengantin yang baharu 10 hari melangsungkan perkahwinan itu, kelihatan berseri dan masih malu-malu dengan inai masih merah di jari pengantin perempuan.
Nurin Irdina berkata, dia dan suami berkenalan lapan bulan lalu dan saling berhubung menerusi telefon bimbit sebelum hubungan itu diketahui keluarga Ahmad Faris Umar.
Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud Paduka Raja (1) itu, berkata keluarga Ahmad Faris Umar kemudian datang bertemu keluarganya dan mencadangkan agar disatukan mereka berdua untuk menghalalkan hubungan.
“Ketika diberitahu mengenai perkara itu, saya agak terkejut dan langsung tidak menyangka bahawa keluarga akan mengambil keputusan sedemikian, namun saya tidak membantah malah sedikit teruja.
“Segala persiapan dilakukan dalam tempoh dua bulan. Malah segala-galanya kelihatan dipermudahkan sehinggalah pada 20 Disember lalu kami sah bergelar suami isteri,” katanya ketika ditemui di rumah mentuanya di sini, hari ini.
Nurin yang juga anak sulung daripada lima beradik, berkata walaupun sudah berhenti sekolah, namun dia tetap menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua tahun lagi di sekolah swasta.
Perkahwinan remaja itu tular sejak semalam, apabila video dan foto mereka mengenakan busana pengantin dipaparkan media sosial, hingga mengundang perdebatan dalam kalangan netizen mengenai perkahwinan mereka yang berlangsung pada usia muda.
Dalam foto yang dikongsikan menerusi laman sosial itu, pasangan itu mengenakan songket berwarna biru ketika majlis persandingan dan resepsi yang diadakan di sebuah restoran milik keluarga Ahmad Faris Umar di sini.
Ahmad Faris Umar yang juga bekas Pelajar Sekolah Menengah Ugama (Arab) Rahmaniah Paloh di sini, berkata perkenalannya dengan isteri pada awalnya sebagai pembeli dan penjual dalam talian.
Dia yang membeli kabel telefon daripada Nurin Irdina, berjumpa buat kali pertama selepas barangan yang dipesannya itu dihantar ke rumah dan sejak itu mereka berhubung menerusi telefon bimbit.
“Sebaik mendengar cadangan daripada emak agar saya berkahwin, memang tidak percaya dan anggap ia satu gurauan namun apabila mengetahuinya adalah serius, saya terus bersetuju.
“Buat masa kini kami berulang-alik di rumah saya di sini manakala rumah Nurin di Kampung Chawas, tidak jauh dari sini. Sebelum ini saya bekerja dengan ayah yang mengusahakan perniagaan hartanah, namun kini akan memberi tumpuan kepada perniagaan dalam talian bersama isteri,” kata anak bongsu daripada tujuh beradik itu.
Sementara itu, ibu Ahmad Faris Umar, Zalaha Hassan, 56, berkata keputusan mengahwinkan anak bongsunya itu dipersetujui suami, Alwi Ismail, 63, yang ingin segera menghalalkan hubungan pasangan itu.
Beliau berkata, suaminya seorang yang tegas dan sebaik mengetahui dua remaja itu sedang berhubung walaupun hanya menerusi telefon, tanpa berfikir panjang mereka segera membuat keputusan menghalalkan hubungan.
“Faktor usia muda bukan isu utama bagi kami dan apa yang lebih penting adalah menghalalkan mereka kerana di zaman sekarang, banyak isu sosial yang semakin membimbangkan dan sekurang-kurangnya ia jalan terbaik buat mereka berdua,” katanya.
Ahmad Faris dan isterinya, Nurin Irdina diapit ibu masing-masing, Zalaha Hassan, 56 (kiri) dan Nor Fadilah Che Ahamad, 33 (kanan) ketika ditemui di rumahnya di Taman Kenanga, Tanah Merah, hari ini.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : http://transformasi.pw/2021/02/07/peesohh-doh-dio/