Nafi Dik0ngk0ng, Aiman Tino Akui Jenis Lambat Balas Mesej

Semalam hangat diperkatakan mengenai penyanyi Aiman Tino apabila ibunya Hazelina Mat Jalil mendakwa anaknya sudah berubah sehingga melupakan keluarga.

Malah, menerusi perkongsian di Insta Story, ibunya terkilan dengan sikap Aiman yang sukar dihubungi dan mendakwa dikongkong oleh seorang wanita dikenali sebagai Farah.

Tampil menjelaskan dakwaan ibunya, Aiman berkata apa yang berlaku berpunca daripada salah faham. Mengakui kesilapannya, Aiman berkata dia mempunyai tabiat lambat membalas mesej.

“Semuanya salah faham dan khilaf atas diri sendiri. Tabiat saya sejak dahulu lambat membalas mesej diterima melalui WhatsApp dan menjawab panggilan lalu timbul andaian itu dan ini.

“Ini termasuk Mama yang meluahkan perasaan di IG. Saya ada kalanya terlupa hendak membalas panggilan orang lain dan mengabaikan mesej diterima.

“Perkara begini yang saya ambil mudah membuatkan orang lain termasuk ibu bapa terkilan… Sampai mereka boleh fikir macam-macam,” katanya.

Aiman yang segera pulang ke rumah keluarga di Kuala Kubu Baru, Selangor berkata dia akui sedar sikapnya itu menyusahkan ramai pihak termasuk keluarga.

“Saya mengaku sikap begini mendatangkan masalah kepada karier. Ibu bapa mana yang tidak risau jika berdepan kelakuan anak begini.

“Saya harap tabiat ini dapat diubah demi kebaikan. Saya tak boleh fikir mudah dan ambil ringan perkara yang sebenarnya penting hingga boleh menyusahkan orang lain,” katanya.

Dalam pada itu, Aiman mengaku mengenali Farah selepas berkenalan atas urusan kerja, namun apa yang berlaku tiada kaitan dengan wanita tersebut.

“Apa yang terjadi tidak perlu babitkan dia atau orang luar. Macam saya cakap, semua ini silap sendiri,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :  Rotikaya