Malaysia Dilaporkan Sebagai Negara Ketiga Miliki ‘Sugar Daddy’ Paling Ramai Di Asia

Perkataan atau terma sugar daddy sebelum ini mungkin kedengaran sedikit janggal dalam kalangan masyarakat kita.

Malah mungkin ramai yang beranggapan hanya sebilangan kecil sahaja lelaki daripada negara kita yang memegang gelaran berkenaan.

Namun angka dan keduduk4n seperti yang dilaporkan portal Free Malaysia Today hari ini menunjukkan sebaliknya apabila terdapat hampir 50,000 individu bergelar sugar daddy di negara ini.

Atau lebih tepat lagi ser4mai 42,500 sugar daddy dilaporkan berada di negara ini menurut laporan berkenaan yang memetik laman SeekingArrangement, sebuah laman terbesar dunia berkait aktiviti tersebut.

Negara jiran, Indonesia pula berada di keduduk4n kedua dengan  60,250 sugar daddy manakala India pula berada di tempat pertama untuk negara-negara Asia dengan 338,000 sugar daddy.

Mengikuti Malaysia di tangga keempat dan seterusnya adalah Jepun, Hong Kong, Taiwan, Vietnam, Korea Selatan, dan Sri Lanka.

Ketua Pegawai Eksekutif Seeking Arrangement Brandon Wade seperti dipetik menjelaskan jurang antara golongan m1sk1n dan kaya yang semakin meningkat di benua ini mendorong kepada perkara berkenaan.

Selain itu, perkembangan ekonomi yang pesat di rantau ini juga jelasnya turut menyumbang kepada angka berkenaan dengan semakin ramai pelabur asing menjalankan perniagaan dan kehidupan di sini.

“Tidak mengejutkan mengapa Asia seolah-olah menjadi sarang ‘sugar daddy’ untuk berpasangan terutama dalam kalangan demografi bandar,” jelasnya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : www.thevocket.com