Farid Kamil, Boy Iman hil4ng Datuk, sekali ini komen mengeejut mereka

Kuala Lumpur: Pelakon Farid Kamil dan Boy Iman reda dan menerima kenyataan Darjah Kebesaran Negeri Pahang yang membawa gelaran Datuk kepada mereka ditarik balik dan dibatalkan berkuatkuasa 1 Februari lalu.

Perkara ini diumumkan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak, hari ini.

Farid berkata, dia tenang menerima keputusan itu.

“Sejak 16 Disember 2017, saya amat berbangga dan berbesar hati membawa gelaran Datuk yang dikurniakan Istana Pahang.

“Saya menjunjung kasih di atas penganugerahan tertinggi dalam hidup saya ini dan menerimanya dengan penuh kerendahan diri pada ketika itu.

“Hari ini juga saya dengan penuh rasa hormat menerima keputusan daripada pihak Istana Pahang menarik balik gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada saya,” katanya.

Farid berkata, apa yang berlaku tidak menjejaskan usahanya memasarkan filem Remp-it 2 yang akan menemui penonton tahun ini.

Sallehuddin yang juga pendaftar darjah kebesaran negeri menerusi kenyataan yang dikeluarkan berkata, perintah terbabit dibuat atas perintah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan surat penarikan balik pengurniaan darjah kebesaran terhadap mereka berkuat kuasa 1 Feb lalu.

Sementara itu, Boy Iman berkata, dia sentiasa bersedia menerima sebarang kemungkinan.

“Tiada masalah baginda nak buat begitu kerana itu hak baginda.,Saya tak tahu dan tak berani nak komen kerana tak dapat apa-apa surat rasmi daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon 

Sumber : Harian Metro