Pen4mpilan Terkini Isteri Pelakon Dan Pelawak Imuda Mengejvtkan Ramai

Siapa sangka bermula dengan hubungan antara seorang abang dan adik angkat, keakraban pasangan Imuda atau nama sebenar Abdul Rahim Muda, 60, dan Zabarina Haja Mushadi Ali, 38, bertukar cinta.

Berkenalan selama empat tahun, Imuda dan isteri selamat diijabkabul dengan sekali lafaz di Masjid Negeri, Pulau Pinang pada 20 Februari 2010.

Imuda yang juga seorang pelakon, pelawak, pelukis dan kaki seni sebelum itu bergelar duda selama hampir 7 tahun.

Imbas semula, pelakon komedi atau popular dengan gelaran Budin dalam drama sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan 2+1 ini telah jatuh hati dan berkahwin dengan seorang Penolong Pengurus di sebuah bank di ibu negara.

Sementara mas kahwin pula berjumla RM1,001 bersama RM22,222.22 sebagai wang hantaran berserta 9 berbalas 11 dulang hantaran.

Hari ini, selepas 10 tahun usia perkahwinan mereka, pasangan Imuda dan isteri dikurniakan sepasang cahaya mata masing-masing berusia 2 dan 9 tahun.

Menariknya, Imuda yang berkongsi gambar bersama isteri di Instagram beliau telah menarik perhatian warganet yang rata-rata memuji kecantikan isteri beliau, Zabarina.

” So lovely couple..cantiknya isteri abang Budin” tulis Intan.

” Cantik isteri Budin.. Semoga sihat dan bahagia selalu ‘living legend’..” tulis Ida

Rupanya kenal masa buat ‘show’ di USM

Imuda mula tertarik untuk mengenali Sabrina ketika kali pertama bertemu di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang ketika dia mengadakan persembahan di situ.

Pelakon, pelukis dan pelawak yang popular menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu berkata, dia tidak pernah menjangka hubungan yang bermula sebagai abang dan adik angkat itu ‘melekat’ menjadi jodohnya.

” Perkenalan kami kira-kira empat tahun lalu bermula sebagai hubungan antara abang dan adik angkat.

” Masa mula-mula berkawan, saya tidak terfikir langsung untuk bercinta pun. Maklumlah jarak umur saya dengan dia pun jauh.

” Memang saya tak pernah terfikir pun hubungan ini boleh ‘melekat’ sehingga menjadi pasangan hidup.

” Kami banyak berkongsi rasa dan masalah. Kami rapat dan akrab serta selalu keluar bersama.

” Memang sudah jodoh namanya, daripada hubungan persahabatan bertukar menjadi hubungan perasaan secara perlahan-lahan.

” Saya semakin terpikat dengannya dan begitu juga sebaliknya. Kami suka sama suka.

Ditanya ciri-ciri istimewa Zabarina sehingga menawan hati pelakon filem Imigran itu, Imuda berkata, kematangan dan keikhlasan penolong pengurus bank itu menerimanya seadanya menjadi faktor utama.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by imuda59 (@imudaart)

” Dia seorang wanita yang sempurna di mata saya. Cukup dengan budi bahasa dan paling penting, dia menerima saya seadanya.

” Keikhlasan hati dan keluhuran budinya meyakinkan saya untuk menjadikan Zabarina sebagai isteri.

” Kebetulan pula, saya sudah bertahun-tahun hidup sendiri dan kesunyian.

” Dia adalah pendengar dan penasihat yang baik. Perkara-perkara itu yang membuatkan saya selesa dengan Zabarina,” jelas Imuda.

Menyentuh serba ringkas makna perkahwinan ini buatnya, Imuda berkata, dia sangat gembira dan bahagia dengan jodoh ini. Lebih menarik, hidupnya kini lebih terisi berbanding sebelumnya.

Jika selama tujuh tahun hidupnya sepi dan kosong tanpa wanita di sisi, kehadiran Zabarina memenuhi kekosongan dan kesunyian di sanubari pelawak yang sinonim dengan watak Sam menerusi sitkom 2 + 1 ini.

” Alhamdulillah, hidup saya semakin bahagia dan terisi sekarang. Kesunyian dan kesepian hidup selama tujuh tahun ini semakin terisi dengan kehadiran Zabarina.

” Ada orang yang boleh jaga dan urus makan, minum dan pakaian saya. Yang paling penting, kini saya ada teman baru untuk bersembang dan berkongsi pelbagai cerita atau masalah,” ujar Imuda dengan nada gembira.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber:Malaysiaunited