Baru Semalam Boy Iman Kata Dia Layak Tahu Kenapa Gelaran Datuk Ditarik Balik. Ini Pula Respon Farid Kamil

” Tuan punya badan pun belum tahu secara rasmi.”

Itu respon diberikan oleh Boy Iman susulan pengumuman penarikan balik Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Ternyata berita tersebut telah mengejutkan pelakon dan usahawan itu.

Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman, 40, berkata, sehingga kini dia masih belum menerima surat rasmi daripada Istana Pahang berhubung perkara berkenaan.

” Saya hanya mengetahui mengenainya daripada media.

” Sebagai penerima… rasanya saya layak tahu apakah sebabnya pingat itu ditarik balik.

” Walau apa pun saya terima dengan hati terbuka dan ia sekali gus membuktikan saya bukan terima ‘Datuk di pagar’ atau beli,” katanya kepada mStar.

Ini pula respon Farid Kamil

Dalam pada itu seorang lagi selebriti yang menerima nasib sama iaitu Farid Kamil pula memberikan reaksi berbeza berbanding Boy Iman.

Menerusi perkongsian di Instagram, Farid Kamil berkata dia menerima keputusan berkenaan tanpa sebarang persoalan.

” Assalamualaikum w.b.t

” Sejak 16 Disember 2017 saya amat berbangga dan berbesar hati membawa gelaran Dato’ yang dikurniakan oleh Istana Pahang.

” Saya menjunjung kasih di atas penganugerahan tertinggi dalam hidup saya ini dan menerimanya dengan penuh kerendahan diri pada ketika itu.

” Hari ini juga saya dengan penuh rasa hormat menerima keputusan dari pihak Istana Pahang menarik balik gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’ kepada saya.

” Saya kini dalam usaha memasarkan filem Remp-it 2 yang akan menemui penonton dalam tahun ini juga.” tulis Farid Kamil.

Sementara itu, suami kepada pelakon Diana Danielle itu berkongsi perkembangan terkini dirinya yang dalam usaha memasarkan filem Remp-it 2 dijangka menemui penonton tahun ini.

Terdahulu, Farid antara lima individu termasuk seorang lagi pelakon itu Boy Iman perlu mengembalikan Darjah Kebesaran mereka sebelum ini kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah – Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Negeri Pahang.

Farid menerima darjah kebesaran berkenaan pada 16 Disember 2017.

Turut menerima darjah kebesaran pada hari sama ialah artis kelahiran Singapura, Datuk Aaron Aziz. Boy Iman atau nama sebenarnya Noruliman A Rahman juga menerima gelaran pada tahun yang sama.

Sebulan selepas membawa gelaran Datuk, nama dan reputasi Farid tercalar akibat ins1den menampar dan menendang anggota p0lis serta orang awam di Balai p0lis Trafik Kota Damansara pada 11 Januari 2018 sehingga mengheret namanya ke muka pengadilan.

Dalam pada itu, rata-rata peminat dan pengikut Farid Kamil men1ngg4lkan komen buat pelakon Lagenda Budak Setan itu agar berlapang dada menerima keputusan penarikan balik darjah kebesaran itu.

” Tak apa bang.. gelaran nama pangkat semua tu tak penting pun dimata Allah… saya memang dari dulu minat abang.. Anggap je ni Allah nak jentik hati tuk abang menjadi ummatnya yang lebih baik..” tulis Fatin.

Sumber:IG Farid Kamil

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : limauais via ViralMy