5 kaedah untuk orang awam mendaftar vaksin C0V1D-19.
1. Aplikasi MySejahtera – akan dilancarkan butang khas untuk pendaftaran temujanji.
2. Laman sesawang khas yang akan dilancarkan YAB PM minggu depan.
3. Talian hotline yang akan diumumkan.
4. Secara manual di klinik kesihatan, h0spital dan klinik swasta.
5. Rumah ke rumah di kawasan pendalaman yang dikenal pasti dengan mensasarkan wrga emas.
KUALA LUMPUR: Proses pendaftaran sebagai penerima vksin C0V1D-19 bagi orang ramai dijangka dibuka bermula bulan depan dan dilaksanakan dengan konsep sukarela, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.
Katanya, mereka boleh berbuat demikian menerusi lima kaedah termasuk menggunakan aplikasi MySejahtera.
“Sekiranya tiada MySejahtera, orang ramai boleh mengakses laman sesawang (Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin C0V1D19-JKJAV) yang akan dilancarkan perdana menteri pada minggu depan.
“Selain itu, talian hotline (nombor ditetapkan kemudian), pendaftaran secara manual di klinik dan hspital awam serta swasta, dan kelima, jika berada di kawasan pedalaman, kita akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk mendaftarkan penerima termasuk warga emas,” katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV yang disiarkan malam tadi, bertajuk “Vaksin: Kendurkan Ketegangan dan Kerisauan terhadap C0V1D-19”.
Khairy yang Menteri Penyelaras Program Imunisasi C0V1D-19 Kebangsaan mengulangi program vaksinasi akan dimulakan dengan petugas barisan hadapan.
“Saya terima banyak permohonan supaya ditakrifkan (pemohon) sebagai frontliners namun kita akan menilai setiap permohonan.
“Saya boleh sahkan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) adalah orang pertama yang akan menerima vaksin Pfizer, dan kemudiannya Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah), doktor, jururawat dan lain-lain lagi. Menteri-menteri kemudian sikit,” katanya.
Pada 4 Februari lalu, Muhyiddin dilaporkan berkata kerajaan akan memulakan Program Imunisasi C0V1D-19 Kebangsaan tiga fasa mulai hujung bulan ini, dengan kerajaan menyasarkan sebanyak 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu menerima vaksin itu yang akan diberikan secara percuma.
Fasa pertama dari Februari hingga April adalah untuk kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan yang terbabit secara langsung dalam memerangi wbak itu, sementara fasa kedua dari April hingga Ogos bagi kumpulan berisiko tinggi iaitu wrga emas berusia 60 tahun ke atas serta kumpulan rentan dengan masalah morbiditi seperti penyak1t jntung, 0besiti, diabetes dan tknan drah tinggi selain golongan orang kurang upaya (0KU).
Fasa ketiga pula adalah bagi golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas dari Mei ini hingga Februari tahun depan.
Pada 8 Januari lalu, Khairy mengumumkan bahawa vaksin Pfizer-BioNTech berjaya didaftar oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), sekali gus memberi kelulusan bersyarat untuk penggunaan vaksin itu di negara ini.
Selain Malaysia, 49 negara lain turut memberi kelulusan terhadap vaksin berkenaan dengan sebahagian negara terbabit telah mula menggunakan vksin itu.
Untuk rekod, vaksin Pfizer juga menjadi vaksin C0V1D-19 yang pertama mendapat perakuan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk kegunaan kecemasan. – BERNAMA
Kredit tgkni
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BeritaHarian