Pendaftaran BPR Dilanjutkan Hingga 25 Februari, B40 Perlu Buat Permoh0nan Baru Sekiranya Termasuk Kategori Ini

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan bahawa, tarikh pendaftaran baharu dan kemaskini bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sebelum ini dibuka dari 15 Januari 2021 kini dilanjutkan sehingga 25 Februari 2021

Langkah ini diambil bagi memastikan BPR akan diterima oleh mereka yang benar-benar layak.

Tambahnya lagi, hanya pemoh0n yang TIDAK pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN) B40 serta isirumah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah sebulan perlu membuat permoh0nan baharu.

“Ini termasuk golongan mudah terjejas baharu yang layak memoh0n akibat perubahan status pendapatan mereka ekoran impak penu laran C0VID-19,”

Mereka yang tidak lulus boleh kemukakan permoh0nan baharu

Dalam kenyataan tersebut juga, Tengku Zafrul juga menjelaskan proses pendaftaran baharu/kemaskini ini, sebahagian daripada mereka yang tidak lulus dan belum menerima BPR masih berpeluang untuk mengemukakan permoh0nan untuk diverifikasi semula.

“Penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang lulus sebelum ini tidak perlu membuat pendaftaran baharu/kemaskini sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat,”

Manakala, pembayaran Fasa 1 BPR akan dipercepatkan kepada penghujung Februari 2021 seperti yang diumumkan di dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) pada 18 Januari lalu kerana tempoh masa diperlvk4n untuk memproses permoh0nan yang diterima.

Oleh itu, semua pemoh0n BPR yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut bolehlah layari bpr.hasil.gov.mySumber dipetik dari Xtra

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon