Pengurus kepada pelakon dan penyanyi Andi Bernadee, Nasir Deraman mengesahkan bahawa Andi sememangnya telah menjadi m4ngs4 sih1r.
Sedang Jalani Rawatan
View this post on Instagram
Menurut Nasir, keadaan Andi kini semakin pulih selepas menjalani rawatan alternatif dan meminta peminat dan mereka yang mengenali Andi untuk memberikan sedikit ruang buat pelantun Penat itu.
“Assalamualaikum, saya buat video ini khas untuk peminat-peminat Andi yang dm saya. Saya tidak mampu menjawab semua (soalan) buat masa ini, jadi saya jawab secara video.
“Setakat ini, Alhamdulillah. Setelah Andi menerima rawatan semalam, dia okay sedikit. Barang-barang (bahan sant4u) yang keluar dari badan dia pun dah keluar semua macam yang dia post. Dia post itu pun di luar kewarasannnya. Tapi sebab benda ada, dia cakap biarkan sahaja disitu tak perlu padam”
“Andi dah okay sedikit tapi masih perlu buat rawatan lanjut dengan ustaz Darussyifa’ supaya apa yang dihantar pada dia itu boleh hilang sepenuhnya” dedah Nasir menerusi laman Insta-story nya
Andi Cakap Siam, Mengil4i
Dalam pada itu, Andi sempat memuatnaik hantaran terkini menerusi ruangan IG Story di akaun Instagram berkongsi mengenai perihal dirinya. Memohon maaf kerana tidak mampu ditemubual media, Andi berkata buat masa ini dia tidak mampu bercakap dan seperti hilang ingatan. Malah dia turut khuatir sekiranya sih1r tersebut akan kembali semula.
Terdahulu, Murai.my melaporkan Andi berkongsi rakaman video yang menunjukkan dua batang paku karat dalam mangkuk berisi kuning telur serta seekor katak kering dipercayai objek perantara untuk menyih1rnya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Murai.my