Isteri Reda Suami Berubah Jadi Wanlta, Tapi Netizen Perasan Benda Lain

Baru-baru ini, sepasang suami isteri dari Kelantan menjadi bualan hangat netizen selepas mendedahkan kisah peribadi mereka kepada umum.

Malah, apa yang lebih menarik perhatian ramai apabila seorang wanita yang dikenali dengan nama Yana bersuamikan seorang lelaki berperwatakan wanita.

Lelaki dikenali dengan nama Abe Pink berkongsi beberapa video di TikTok menceritakan tentang transformasinya menjadi seorang lelaki berperwatakan wanita.

Menurutnya, dia nekad menukar penampilannya meskipun sudah bergelar suami. Bercerita lanjut mengenai perkara itu, dia mengakui sudah mengubah penampilan tersebut sejak beberapa tahun lalu.

Meskipun begitu, hubungannya bersama isteri dalam keadaan baik dan mereka masih bahagia hidup bersama.

Malah, Abe Pink menyatakan dia dan isteri langsung tidak terfikir untuk berpisah. Si isteri dilihat reda menerima segala kekurangan suami tercinta.

Lelaki ini mengakui mungkin ini adalah ujian yang diberikan Allah SWT ke atas dirinya. Oleh itu, Abe Pink meminta orang ramai mendoakan supaya dia diberi hidayah untuk kembali ke jalan yang benar.

Kredit foto: TikTok

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen memuji Yana yang disifatkan sebagai seorang wanita yang sangat tabah kerana sanggup menerima suaminya itu seadanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Cari via MalaysiaTimes