Pelik Wanita Ini Mundar Mandir Di Rak Makanan Sebuah Stesen Minyak. Selepas Disiasat Rupa²nya. Tu la…Jangan Sampai Jadi Macam tu | Entah mengapa pada suatu hari Jumaat yang lalu hati Ashraff bertekad untuk ke stesen minyak BHP di Mutiara Damansara.
Rupa-rupanya takdir telah menemukan dia untuk membantu Azizah. Sesampainya Ashraff di stesen minyak berkenaan, dia terus ke kaunter untuk membuat pembayaran mengepam minyak motosikalnya. Di sinilah dia mula memperhatikan gelagat aneh Azizah.
Ashraff menceritakan kisahnya dilaman Facebooknya, “Sampai di BHP abang ke counter buat bayaran ade sorang makcik ni masuk dgn jalan yg slow dan sedikit mengesot…. abang dok perati je dari luar… kecik beso kecik beso abang tgok…
“Makcik tadi mundar mandir dalam kedai tgok roti tengok keropok tengok MAGGI then letak balik ? last sekali dia beli air mineral 500ml ke counter keluar duit rm5 bayar…
lepastu dia keluar menuju ke bawah pokok sebelah BHP…”
Setelah melihatkan keadaan Azizah yang berjalan mundar mandir itu, timbul perasaan risau didalam hati Ashraff dan dia kemudiannya memberanikan diri untuk menegur wanita itu.
“Asalaamualikum makcik,” sapa Ashraff. “Saya nak tanya tadi makcik dekat BHP pegang MAGGI CUP tu kenape tarok balik? Dah makan belom?”
Azizah menjawab salam yang diberikan Ashraff dan menjelaskan bahawa makanan segera tersebut terlalu mahal buatnya. Dia kini hanya berpaut pada wang RM5 ini sahaja sementara menunggu gajinya dibayar.
Ashraff yang tersentuh hati mendengar jawapan itu kemudiannya menawarkan diri untuk membayar makanan tambahan buat Azizah.
Setelah mereka bersuai kenal untuk seketika barulah Ashraff mengetahui keadaan sebenar yang menimpa Azizah.
Tulis Ashraff, “Nama dia Azizah berasal dari Langkawi, berkahwin dan ade anak2 di Langkawi,dulu tinggal di Penchala bersama suami tapi kini tinggal sendiri di Kota Damansara menyewa bilik bersama pekerja Indonesia & Madura… sewa bilik beliau sebulan rm150 …. beliau bekerja sebagai tukang sapu di Jalanan area Mutiara Damansara dengan gaji Rm700 sebulan…”
“Suami ??? Kini telah tinggalkan dia g4ntvng TAK BERTALI setelah mendapat hasil jualan tanah pusaka di kampong.”
Ashraff nekad untuk membantu wanita yang dilanda kesusahan ini, dan berjanji untuk membawa bantuan barangan dapur keesokan harinya.
Bagaimana kalau tak ikat, Kait dengan duri-durinya; Bagaimana aku tak ingat, Orang baik hati budinya.
Kami ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Ashraff kerana budinya yang baik dan kerana sudi berkongsi kisah menyentuh hati ini.
Rasulullah SAW pernah bersabda;
“Tidak ada hari yang disambut oleh para hamba melainkan di sana ada dua malaikat yang turun, salah satunya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang-orang yang berinfaq’. Sedangkan (malaikat) yang lainnya berkata: ‘Ya Allah berikanlah kehancuran kepada orang-orang yang menahan (hartanya)’.”
(Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)
Sedekah bukan hanya perihal memberikan sebahagian harta kepada golongan yang memerlvk4n, namun manfaat sedekah lebih luas akan dirasakan oleh mereka yang melakukannya, antaranya:
1- Memperkuat Keimanan Dan Mendekatkan Diri kepada Allah SWT
Jika kita bersedekah dengan niat demi untuk beribadah kerana Allah, pasti akan bertambah keimanan kita terhadapNya.
Dengan bersedekah juga dapat mendekatkan diri kepada Allah kerana Allah sangat menyayangi akan golongan hambaNya yang banyak memberi keranaNya, bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.
2- Mendapat g4njaran Pahala
Setiap amalan baik yang dilakukan dengan ikhlas pasti akan dig4njarkan dengan pahala oleh Allah SWT. Ini termasuklah dalam perbuatan memberi dan bersedekah kepada sesiapa yang memerlvk4n.
Firman Allah ;
“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali dari bisikan-bisikan orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat kebaikan atau mengadakan perdamaian diantara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredaan Allah, maka kami akan memberinya pahala yang besar.”
(Surah an-Nissa:114)
3- Bertambah Rezeki Dan Mendapat Keberkatan
Bukankah dengan memberi kepada orang lain, Allah akan memberi dan menggantinya dengan hal yang lebih baik? Tidak sesekali kita rugi sekiranya memberi dan membantu orang lain dengan hak dan barangan kita.
Pasti Allah akan menurunkan keberkatan rezeki dengan lebih baik atas kebaikan yang kita lakukan itu. Jika bukan menggantikan hal yang sama, pasti digantikan dengan kesihatan yang baik, kebahagiaan dalam keluarga, kesenangan dalam bekerja dan sebagainya. Sesungguhnya rezeki Allah itu sangat luas dan tidak terbatas.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : trendingsangat via MalaysiaTimes