“Dialah yang sebenarnya banyak mendor0ng saya untuk lebih cendervng ke arah…”- Hannah Mendedahkan Puncanya Berubah

Pelakon jelita, Hannah Delisha mengambil pendekatan untuk tidak berkongsi mengenai kisah perib4dinya di laman sosial berikutan majlis pernikahan dengan suami, Imam Shah di Singapura, semalam.

Menurut laporan Harian Metro, pemilik nama Hannah Adlina Blackburne-Birch itu berkata dia dan suami yang juga merupakan pelakon di Singapura memilih untuk melaksanakan perkara wajib terlebih dahulu.

“Saya minta maaf sebab memang kurang selesa berkongsi hal peribadi. Alhamdulillah saya sangat gembira dan bersyukur kepada Allah kerana semuanya berjalan dengan lancar.

“Saya memang tak pernah nak muat naik dalam media sosial yang saya bercinta selama ini. Ini kerana bagi saya, biarlah kita sah dahulu barulah kita nak kongsi. Kita dahulvk4n yang wajib. Itu yang lebih utama,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai hubungan cinta, pelakon berusia 25 tahun itu mengakui mula mengenali Imam sewaktu menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Faculty di Singapura lima tahun lalu.

Hanna menyifatkan lelaki itu sebagai seorang yang sangat penyabar, penyayang dan kelakar selain banyak mendorongnya untuk lebih cenderung ke arah keagamaan.

“Dialah yang sebenarnya banyak mendorong saya untuk lebih cenderung ke arah keagamaan. Alhamdulillah saya sekarang sedikit sebanyak adalah hasil bimbingan Imam juga,” luah Hannah.

Malah, pelakon drama Cinta Sekali Lagi itu turut meminta agar semua peminat mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka dan terus menyokong kerjayanya.

“Saya pohon semua untuk mendoakan kebahagiaan rumah tangga kami dan teruslah menyokong kerjaya saya. Majlis bersanding kami akan umumkan nanti. Insya-Allah, kami buat secara bersederhana sahaja untuk keluarga dan teman rapat.

“Mengenai tarikh, saya tak boleh nak beritahu lagi sebab biarlah kes c0v1d-19 yang sedang menular di seluruh dunia ini tamat dahulu. Bila keadaan kembali normal, barulah kami akan kongsi tarikh majlis bersanding,” tambahnya lagi.

Terdahulu, pernikahan pasangan tersebut didaftarkan di Registry of Marriage Singapore atau Biro Lesen Perkahwinan Singapura.

Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd t4h1r)

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : OMM