KUALA LUMPUR: Keputusannya mendirikan rumah tangga dengan lelaki muda lebih sedekad lalu bukan sahaja menjadi bahan jenaka, malah ada bermulut lanc4ng meramalkan rumah tangga yang dibina pelakon Rosnah Mat Aris, 66, dan suaminya, Tajul Efendie Isa, 40, tidak mampu bertahan lama.
Alasannya, tiada keikhlasan dalam perkahwinan, malah si jejaka ditudvh menikahi pelakon veteran yang cukup terkenal dengan watak ant4gonis itu disebabkan mahu menumpang nama dan harta.
Namun, jodoh, ajal dan rezeki terletak di tangan Tuhan. Siapa sangka, mahligai yang dibina Rosnah dan Tajul atau lebih dikenali sebagai Blue sudah memasuki tahun ke-13.
Nyata, Allah adalah sebaik-baik perancang dan sebagai hamba, Rosnah yang lebih selesa disapa Kak Ros meluahkan syukur kebahagiaan terus mengulit mahligai rumah tangga yang dibina hingga hari ini.
“Kehidupan kami sangat bahagia. Boleh dikatakan sepanjang 13 tahun berkahwin, tiada langsung ujian besar yang dihadapi. Walaupun perbezaan usia lebih 26 tahun, tetapi suami sangat matang. Saya masih ingat kata-kata yang membuatkan saya tersent4k.
“Baginya, dia memilih saya bukan soal usia mahupun paras rupa, tetapi lebih kepada hati. Jika memandang rupa, ia tidak akan kekal lama. Begitu mendalam kata-katanya. Apapun, segala-galanya sudah disusun Allah dan saya hanya mampu mengungkapkan rasa syukur atas kurniaan ini, ” katanya kepada BH Online.
Dalam melayari kehidupan suami isteri, pelakon yang dikenali watak Mak Limah dalam drama bersiri, Rumah Kedai itu percaya toleransi, tidak malu dengan pasangan dan saling menyayangi antara satu sama lain adalah perkara paling penting untuk mengekalkan keharmonian perhubungan.
“Setakat ini, perkahwinan kami tidak pernah dilanda bad4i. Suami tidak pernah menyakitkan hati saya. Jika ada perkara tidak disenangi, kami lebih selesa berbincang.
“Biasanya, suami bukan sahaja men3gur, malah memberi penjelasan mengapa tindakannya men3gur saya supaya tidak mengulangi perbuatan sama.
“Setiap kali berjalan, kami juga seperti pasangan lain sentiasa berpegangan tangan. Suami tak pernah merahsiakan siapa saya jika ada yang bertanya. Malah, dia bangga mengatakan saya adalah isterinya. Dia bukan sahaja bijak bercakap, tetapi arif dalam soal agama. Saya bertuah dikurniakan suami sepertinya,” katanya.
Sejak disatukan hingga sekarang, agak jarang melihat Tajul menemani isterinya dalam mana-mana majlis hiburan. Saat diajukan persoalan itu, Rosnah mendedahkan, keputusan itu adalah kehendak suaminya.
“Dia tidak kisah untuk menemani saya walau ke mana sahaja pergi kecuali majlis hiburan. Suami tidak selesa menjadi tumpuan dan bukan seorang yang sukakan dunia glamor, selain mahu mengelakkan fitn4h. Walaupun berkahwin dengan pelakon, itu tidak bermakna suami perlu sentiasa menemani saya ke acara hiburan.
“Cukuplah sekadar suami menghantar dan menjemput saya pulang. Tak dinafikan, ada juga yang bertanya mengapa saya jarang membawa suami ke majlis hiburan dan menyangkakan saya sengaja mahu menyorokkan suami.
“Malas mahu bersoal jawab, dalam nada bergurau saya menyatakan, suami saya bukanlah barang pameran dan disebabkan itu, saya ‘simpan’ dalam almari,” cerita Rosnah sambil tertawa.
Mengenai kelibatnya yang sudah jarang kelihatan, penyandang trofi Artis Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH sebanyak empat kali itu berkata, dia tidak pernah hilang daripada radar dunia seni dan masih bergiat aktif dalam dunia lakonan yang diceburinya sejak tiga dekad lalu.
“Saya sempat menghabiskan penggambaran drama bersiri, Bujang Haji untuk siaran TV Al-Hijrah sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dilaksanakan Januari lalu.
“Alhamdulillah, saya masih mendapat tawaran lakonan, tetapi tidaklah semeriah dahulu. Saya faham dalam situasi sekarang, ramai yang terkesan.
“Mujur saya ada suami dan anak-anak yang boleh menampung kehidupan. Selagi diperlukan, saya tetap akan berlakon. Saya juga bersyukur diberi kesihatan baik dalam usia emas ini. Cuma, ada ketika saya cepat penat. Maklum sahajalah, tenaga semakin berkurangan,” kata pelakon filem Mami Jarum dan Mami Jarum Junior itu.
Rosnah dan Tajul mendirikan rumah tangga pada 13 November 2008 di Masjid Al Khairiah Taman Sri Gombak. Awalnya, Rosnah menafikan sudah mendirikan rumah tangga, namun akhirnya mengaku terpaksa merahsiakan perkara itu atas alasan peribadi.
Pasangan itu juga gemar melakukan aktiviti bersama. Antaranya, memancing yang disifatkannya sebagai salah satu cara merapatkan hubungan sebagai suami isteri.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH