Dini Schatzmann pertahan teman wanita, harap Janna Nick tak berubah – “Saya tahu awak ada kebaikan dalam hati yang jarang ditemui”

SELEPAS Janna Nick teruk dikec4m gara-gara dakwaan mempers3nda selebriti Korea, pelakon Dini Schatzmann akhirnya muncul mempertahankan kekasihnya itu.

Mengakui lebih mengenali teman wanitanya itu, Dini berkata Janna memiliki hati yang baik dan sentiasa positif berdepan ujian sebagai seorang anak seni.

“Orang selalu mempunyai andaian dan pendapat mereka sendiri tentang awak. Tetapi ia terlindung melalui mata mereka sendiri dan hanya melihat apa yang mereka nampak tentang awak.

“Penghujungnya hanya awak yang tahu niat dan isi hati awak. Orang yang rapat dengan awak tahu siapa awak. Allah yang benar-benar mengetahui apa yang ada di dalam hati awak. Jadi jangan pernah berubah.

“Saya tahu awak mempunyai kebaikan dalam hati yang jarang ditemui. Awak positif dalam semua perkara, mengorb4nkan diri untuk menolong orang lain di sekeliling dan niat awak baik,” katanya.

Komen ditulis Dini di Instagram Janna menarik perhatian pengikut.

Dini menulis komen tersebut pada foto terbaharu yang dimuat naik Janna di Instagram.

Dalam perkongsian tersebut, Janna menulis luahan hati dipercayai berkait dengan isu yang sedang tular.

 

Semua yang anda lakukan atau katakan akan ditapis melalui mata orang yang melihat dan dikaitkan dengan apa yang mereka rasakan.

JANNA NICK

PELAKON

“Anda tidak akan dapat kawal bagaimana orang menerima tenaga yang anda berikan. Semua yang anda lakukan atau katakan akan ditapis melalui mata orang yang melihat dan dikaitkan dengan apa yang mereka rasakan, yang tentunya bukan mengenai anda.

“Terus lakukan apa yang anda lakukan dengan penuh berintergriti dan penuh kasih sayang,” tulisnya dalam bahasa Inggeris.

Janna dan Dini bergandingan dalam drama Marry Me Senorita.

Pada Selasa, pelakon drama Marry Me, Senorita ini mengaktifkan semula Instagram selepas sehari menutup media sosial miliknya itu.

Janna menyahaktif Instagram tersebut selepas menjadi sasaran netizen sehingga namanya trending di Twitter selain wujud tanda pagar #JannaNickGoingToJailParty.

Pada Ahad lalu, pengacara program hiburan Melodi itu didakwa mempersendakan bintang Kpop, Lisa daripada kumpulan Blackpink apabila salah satu watak telefilem pertama arahannya, Delen dikatakan menggunakan nama Lisa Blackpig.

Selain itu, Janna turut dikec4m apabila video lama yang mengaitkan dia dengan kem4tian anggota kumpulan Shinee, Jonghyun yang men1ngg4l dunia pada 2017 kembali diperkatakan apabila ia dikongsikan semula peminat Kpop.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar