Penduduk Baru Je Nak Kaya, Sekali Kerajaan Pahang Arah Hentikan Aktiviti Lombong Emas Di Kuala Lipis

Nama Mukim Kechau, Kuala Lipis menjadi bualan pengguna internet sejak beberapa hari ini apabila tanah yang berkeluasan 77,000 hektar itu mempunyai sumber emas mentah yang tertanam di bawahnya.

Untuk pengetahuan semua kawasan Mukim Kechau terletak dalam jajaran dikenali sebagai Sutera Raub-Bentong. Jajaran ini pula terletak dalam Jajaran Emas negara yang merentasi beberapa buah negeri di Semenanjung bermula dari Thailand hingga ke Batang Melaka, Jasin.

Penemuan emas baru-baru ini umpama rezeki ‘durian runtuh’ untuk penduduk setempat. Menurut pihak Kosmo, ada sebahagian penduduk telah membeli kenderaan baru secara tunai. Bahkan ada juga penduduk membeli jengkaut untuk memudahkan kerja-kerja melombong emas di tanah mereka sendiri.

SUMBER GAMBAR: ASTRO AWANI

Tetapi kegembiraan penduduk setempat tidak bertahan lama apabila Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengarahkan kegiatan melombong emas di kawasan Kechau, Lipis dihentikan serta merta. Menurut beliau, arahan itu dikeluarkan untuk memastikan kegiatan terbabit dapat dikawal sebelum menjadi lebih serius.

Hasil Mineral Hak Kerajaan 

“Walaupun kegiatan melombong emas itu dilakukan di atas tanah milik sendiri, hasil mineral tertakluk kepada peraturan dan hak kerajaan Pahang.

“Sebab itu saya minta mereka hentikan kegiatan itu untuk mengelak daripada dikenakan tindakan,” katanya ketika mengulas kegiatan melombong emas di Kampung Kechau. Katanya, tindakan tegas itu diambil bagi mengelakkan kerajaan negeri kehilangan hasil pendapatan.

Mengulas status pemilik tanah yang memohon lesen pelombong kecil (LPK), Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri perlu meneliti permohonan iu sebelum kelulusan diberikan. Ini disebabkan kerana ada permohonan membabitkan antara 10 dan 15 individu di kawasan sama.

Boleh gali, tapi tak boleh ambil

“Boleh gali tetapi tidak boleh ambil.” itu kata Presiden Institut Geologi Malaysia Datuk Yunus Abd Razak berhubung aktiviti menggali emas oleh penduduk kampung di kawasan tanah berhampiran kediaman masing-masing.

Beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) berkata, bahan galian seperti emas tersenarai antara mineral yang menjadi milik kerajaan walaupun berada di dalam kawasan tanah persendirian mengikut undang-undang.

“Pada asasnya semua sumber mineral adalah tertakluk dan menjadi hak kerajaan negeri.

“Penduduk dibenarkan menggali tanah tetapi sekiranya menemui sumber mineral antaranya emas dan timah, ia adalah milik kerajaan seperti termaktub dalam undang-undang,” katanya ketika dihubungi Metro.

Menurut Yunus, penduduk terbabit bagaimanapun boleh membuat permohonan Lesen Melombong Tuan Punya untuk mencari dan menggali emas di tanah milik masing-masing.

“Lesen ini perlu dipohon daripada Pejabat Tanah dan Galian negeri (PTG) dan selepas memperolehnya, mereka perlu memohon lesen operasi pula daripada JMG.

“Pemilik tanah juga perlu mengemukakan satu skim yang mana perlu mendapatkan bantuan jurutera perlombongan berdaftar.

“Skim ini secara mudahnya untuk menunjukkan keluasan, sistem pengairan dan beberapa aspek keselamatan lain yang perlu dipatuhi.

“Selain itu, wujud peruntukan dalam Enakmen Mineral Negeri yang memerlvk4n mereka membayar royalti sekitar 2.5 peratus daripada keuntungan kepada kerajaan negeri,” katanya.

Sehubungan itu, Yunus menasihatkan penduduk kampung berkenaan supaya merujuk kepada JMG untuk mendapatkan nasihat bagaimana mereka boleh meneruskan aktiviti menggali emas di tanah milik masing-masing.

“Tidak perlu terburu-buru, sebaliknya dapatkanlah nasihat daripada pakar. Mereka juga boleh mengadakan kerjasama dengan mana-mana syarikat yang mampu melakukan aktiviti berkenaan secara lebih berkesan dan terserah kepada persetujuan mereka mengenai nisbah pembahagian keuntungan,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber:http://trendingsangat.pw/2021/02/penduduk-baru-je-nak-kaya-sekali-kerajaan-pahang-arah-hentikan-aktiviti-lombong-emas-di-kuala-lipis/