ERKONGSIAN pertanyaan netizen di Instastory bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu usahawan Mawar Abdul Karim menarik perhatian.
Menerusi ruangan Ask Me Question di Instastory Mawar menerima pertanyaan daripada netizen yang ingin mengetahui perasaannya sekiranya bekas suami berkahwin buat kali kedua.
“Cikyam (Maryam) marah daddy dia kahwin lain. Kak Mawar pula?” tanya individu tersebut.
Menjawab pertanyaan tersebut, usahawan berusia 32 tahun itu berkata dia pasti berasa gembira sekiranya Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar bertemu jodoh baharu.
Akui serba kekurangan, Mawar mendoakan agar bekas suaminya itu bertemu dengan jodoh yang sesuai serta sempurna selain berharap apa yang terjadi antara mereka sebelum ini tidak diungkit semula.
“Untuk Maryam, kak Mawar tak pernah tanya sebab dia belum faham. Bagi kak Mawar pula, tak marah sebab kalau bapa Maryam nak kahwin… lagi gembira dan cepat-cepat kahwin lagi bagus.
“Kita sokong semoga bapa Maryam bertemu jodoh yang sesuai dan sangat sempurna. Kak Mawar tak sempurna serba kekurangan, kak Mawar sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua.
“Bagi kak Mawar dan bapa Maryam, benda yang lepas tidak perlu dikenang. Masing-masing ada kehidupan sendiri. Tidak perlu menjaja benda yang lepas, biar orang nilai diri kita sendiri,” katanya.
Mawar mendirikan rumah tangga dengan Fizo pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.
Ikatan perkahwinan selama enam tahun pasangan itu terlerai apabila Fizo melafazkan talak satu terhadap Mawar pada 10 Julai 2019 di m4hk4mah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.
Dalam pada itu, Mawar sempat memberi pesanan kepada mana-mana wanita yang bakal berkahwin dengan Fizo agar tidak membahasakan diri dengan panggilan istimewa antara anak dan ibu dengan Maryam.
“Kepada sesiapa pun bakal ibu baru Maryam, yang pasti jangan panggil mummy atau mama sebab panggilan itu khas buat kak Mawar. Bukan apa dik, biarlah panggilan itu buat anakanda Maryam seorang.
“Sebab Maryam sangat istimewa buat saya. Panggilan pun sangat bermakna buat kita,” ujarnya.
Suarakan Hasrat Untuk Kahwin Lagi, Ini Respon Anak Perempuan Fizo Omar
Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam melalui perkahwinan mereka.
Sehingga kini, Fizo dan Mawar masih baik dalam berkongsi kasih sayang buat puteri mereka itu.
Pada 27 Februari 2021, Fizo telah membuat satu hantaran di Instagram miliknya.
Menurut video tersebut, Fizo menyatakan hasratnya untuk berkahwin lagi.
Namun Maryam tidak membenarkan daddynya itu berbuat demikian.
Setelah ditanya beberapa kali, Maryam kelihatan menangis kerana tidak mahu Fizo berkahwin semula.
View this post on Instagram
Melalui caption:-
“Kes ni payah nak kautime ni!
Yam oh yam!”
Nampaknya, Fizo terpaksalah membatalkan niatnya dulu.
Sementara itu, perkongsian ini mendapat perhatian di ruangan komen.
Parahhh maitttt!! Kalau aku bagitau kat jebat, mau subuh baru abis dia punya berletiaq.. dem4m aku.. jadi pada bakal bini kayangan aku, standby ngorat jebat baru try pak dia. 😎 – Sharnaaz
hanya yg mengalami shj tahu perasaan hancur dlm jiwa seorang anak membesar dengan keadaan ibu ayah bercer4i.. ya Allah kayakan lh mereka2 dengan kasih sayang.. – atylieeya
Aunty tengok … yam ke … jebat ke… aunty rasa kesian sgt… ibu bapa mereka bercer4i… cuba tanya Hattan.. diakn kawin balik dgn isternya… kesian anak2😢
Cuba tny cik yam tu kalo dady kawin dgn mommy blh tak? Ehh phm plk dia makna kawin tu ekk.. Bijak la yamm😂👏👏👏🔥
Ada beberapa komen yang mencadangkan Fizo supaya kembali berkahwin dengan Mawar.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber Mstar/HotFM