Akak Ini Tgh Berjalan di Pantai, Tiba2 Trjumpa Objek Putih. Terkjut Dia Benda Tu Akan Buatnya Jadi Jutawan

Seorang wanita tidak menyangka objek yang ditemui ketika berjalan di tepi pantai Nakhon Si Thammarat, selatan Thailand, adalah mun.tah paus.

Lebih mengjutkan, mun.tah paus atau amberrgris itu dianggarkan bernilai 185,000 pound sterling (kira-kira RM1.04 juta).

Mun.tah paus itu seberat tujuh kilogram masih belum mempunyai pembeli setakat ini.

Sirripoorn Niamrin, 49, menemui mun.tah paus itu ketika berjalan di tepi pantai selepas hujan lebat melanda kawasan itu.

Dia kemudian menemui objek pelik itu tanpa mengetahui ia adalah mun.tah paus sebelum membawa pulang ke rumahnya, yang terletak kira-kira 500 meter dari pantai.

Penemuan itu diceritakan kepada jirannya yang kemudian terkjut apabila mengetahui objek ditemui itu adalah mun.tah paus atau amberrgris.

Bahan itu lazimnya digunakan dalam pembuatan minyak wangi berjenama.

Bagi memastikan ketulenannya, Sirripoorn bersama jirannya membakar mun.tah paus itu sehingga cair.

Tidak lama selepas itu, objek berkenaan mengeras semula.

” Saya gembira jika mun.tah paus ini dapat dijual dan hasilnya boleh digunakan untuk membantu komuniti.

” Jika ada pembeli saya akan menjualnya dan diharap dapat menjana jumlah wang yang besar,” katanya seperti dilaporkan portal The Sun.

Amberrgris lazimnya didapati dalam usus ikan paus terbentuk akibat tindak balas ketika proses penghadaman mamalia itu.

Ia dikatakan sangat berharga dalam pembuatan industri minyak wangi dan kosmetik dunia.

Beberapa tahun kebelakangan ini, amberrgris kerap ditemui di Teluk Thailand dengan beberapa laporan menyebut di Rayong, Surat Thani dan wilayah Trang.

Malah, awal Oktober tahun lalu, seorang pengutip sampah di negara itu turut menemui sebongkah amberrgris bernilai 537,500 pound sterling (kira-kira RM2.9 juta).

Sementara pada Disember, media melaporkan seorang nelayan di Thailand mendakwa menemui amberrgris yang dianggarkan mencecah 100 juta baht (RM13.4 juta).

Sirripoorn kini sedang menunggu para pakar untuk mengunjungi rumahnya untuk mengesahkan bahawa objek ditemuinya itu adalah amberrgris asli, bahan yang digunakan dalam industri minyak wangi.

” Saya berasa bertuah kerana berjaya menemui sekeping besar amberrgris.

” Saya harap ia akan memberi saya wang. Saya menyimpannya dengan selamat di rumah saya dan saya telah meminta majlis tempatan untuk datang bagimemeriksanya. ‘

Bahagian padat mempunyai bau busuk pada mulanya tetapi setelah l.endir mengering, ia menghasilkan aroma manis dan tahan lama, yang menjadikannya ramuan yang dicari dalam industri minyak wangi.

Dengan arus yang mengalir dari Laut China Selatan, pantai Nakhon Si Thammarat mempunyai sejarah mun.tah ikan paus dijumpai di pesisir pantainya sebagaimana berlaku kepada Sirripoorn.

Untuk rekod, seorang nelayan dari Oman, Khalid Al Sinani menemui longgokan mun.tah paus seberat 60 kilo itu ketika memeriksa jalanya di luar pantai Qurayat.

Pakar berkata, amberrgris itu boleh dijual dengan harga lebih RM11 juta.

Sumber:hmetr0

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : http://limauais.pw/2021/03/04/bertuah-dia-jumpa/