Tempoh Perkenalan Hampir 9 Bulan, Sharifah Sakinah Dedah Sudah Bertunang Dengan Jejaka Sweden

Desas-desus mengenai status hubungan pelakon cantik jelita, Sharifah Sakinah dan jejaka dari Sweden iaitu Michael Hansen akhirnya terjawab selepas Sakinah mendedahkan mereka sudah pun bertunang.

 

Foto: Instagram Sharifah Sakinah

Memetik laporan daripada Media Hiburan, Sharifah Sakinah enggan mendedahkan secara terperinci berkaitan tarikh dan majlis pertunangan yang telah berlangsung itu. Tetapi dalam masa yang sama, Sakinah meluahkan rasa gembira atas perkenalan dan hubungan yang terjalin bersama Michael Hansen.

Saya gembira kerana berkenalan dengan dia dan kami sudah pun saling mengenali hampir 9 bulan. Sejujurnya juga, kami sebenarnya sudah bertunang.

Tambah Sakinah lagi, mereka akan melangsungkan majlis akad nikah dalam keadaan serba ringkas. Hal ini kerana, Sakinah mengakui tidak mahu memb4zirkan duit untuk majlis perkahwinannya.

Jadi kami mungkin buat keputusan untuk melangsungkan majlis akad nikah sahaja nanti, Insya-Allah.

Foto: Instagram Sharifah Sakinah

Ditanya mengenai hubungannya dengan bekas suami iaitu Aliff Adha, Sakinah mengakui biarpun sudah berpisah, mereka masih berkawan demi anak kesayangan. Sakinah turut menyifatkan Aliff seorang bapa yang sangat memahami dan bertanggungjawab terutamanya apabila melibatkan urusan anak mereka, Anais Adha.

Saya tak rasa tekanan pun menjadi seorang ibu tunggal sebab bekas suami saya sangat memahami. Kami juga tidak ada perg4duhan langsung kerana kalau boleh, tidak mahu merumitkan keadaan.

Jelas Sakinah lagi, setiap kali jika dia perlu ke lokasi penggambaran, bekas suaminya itu akan mengambil alih menjaga Anais.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Media Hiburan