Kerenah suami isteri dalam rumahtangga pastinya ada bermacam-macam. Antara perkara yang ditunggu-tunggu selepas kahwin pastinya solat berjemaah bersama-sama pasangan. Gelagat lucu seorang isteri ini yang cuba mengusik suaminya dengan sengaja membatalkan wuduknya mencuit hati ramai netizen.
Di dalam video yang dikongsikan di Tik Tok ini, kelihatan suaminya sedang bersiap sedia untuk menunaikan solat. Tetapi isteri ini sengaja mahu menyakat suaminya dan berpura-pura mahu bersalaman. Tetapi suaminya langsung tidak mengendahkannya dan segera bersedia untuk solat.
Namun yang mencuit hati, isteri itu tidak berputus asa dan kemudian terus memegang tangan suaminya dengan segera. Suaminya yang ger4m terpaksa mengambil wuduk semula terus membalasnya, seolah-olah mahu bagi ‘makan lutut’ pada isterinya. Wanita tersebut hanya mampu ketawa sahaja sebelum suaminya berlalu pergi mungkin untuk mengambil wuduk semula.
Rakaman video tersebut telah menerima lebih 318,000 tontonan setakat ini. Di ruangan komen, kebanyakan netizen turut terhibur dengan gelagat nakal isteri ini pada suaminya. Ada juga yang mengakui selalu melakukan perkara yang sama pada suami atau isteri mereka sebagai satu bentuk gurauan.
“Part paling best kenakan suami. Kadang gelak sampai nak terk3ncing.”
“Comelnya. Encik suami nak smackdown elak dia yang kena kang.”
“Hahaha… aku pernah tolong tarik wife aku bangun untuk sembahyang isy4k. Dia bawak keluar tangan aku pulak pi sambut. Dua-dua lupa pasal wuduk. Moment indah kami.”
Bukan saja ramai yang terhibur, malah ada juga yang cembvru melihat aksi m3sra pasangan suami isteri ini dalam hubungan mereka. Pastinya menjadi idaman ramai untuk bergurau m3sra bersama pasangan selepas selamat disatukan. Ada juga netizen yang memuji sikap toleransi pasangan ini yang boleh bergurau m3sra seperti ini tanpa sebarang isu.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : HCL