Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum dan salam sejahtera. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik terutama dijauhi dari c0vid’19, aamiin.
Saya Rara seorang wanita muda berusia 26 tahun, bekerja dalam bidang perakaunan, seorang isteri dan mummy kepada 3 cahayamata 3, 2, dan baby (selang bunga). Pendek je pasal saya.
Suami saya Jebat (acah acah Jebat Bukan Kerana Aku Tak Cinta) ada tattoo dibahu kiri macam seorang gengster yang berubah. Jebat ni orang asli semenanjung dari suku kaum jakun. Umur Jebat awal 30 an, Jebat mempunyai rupa paras yang kacak. Malah Jebat juga seorang yang menjaga penampilan.
Selalu kita excited dengar orang kawen campur dengan mat salleh, dengan cina, dengan Arab kira macam wow lah. Tapi now saya nak share kawen campur dengan orang asli yang wow jugak.
About our family mula mula memang both family tak setuju, family saya nak lelaki beragama tapi saya pilih muallaf, orang asli pulak tu, sampai dibawak saya pergi berubat takut terkene manderem ker apa.
Family suami juga menolak, diberi alasan kalau kawen melayu nanti anak dah tak balik. Menantu tak suka. Nanti apa orang kampung kata. Macam macam jugaklah mostly sebab berkaitan agama dan bangsa. Rasist betul huhu, taklah gurau gurau.
Okaylah semua ni tak penting biasa lah dugaan awal, now alhamdulillah both side dah menerima.
Antara perkara yang saya rasa wow kawen dengan orang asli yang bernama Jebat.
1) Tiada istilah menjadi raja
Yes Jebat ni takde pun merajakan diri dalam rumah, dia hormat saya selayaknya seorang isteri, Jebat bantu saya dalam setiap perkara berkaitan dengan rumah.
Jebat ringan tulang untuk cuci baju, basuh pinggan mangkuk, sapu rumah, kemas peti ais. Saya tak perlu pun minta tolong semuanya Jebat uruskan tanpa rungutan. He be like ini rumah kita maka sama sama kita jaga.
2) Pandai jaga anak
Jebat ni datang dari family besar, Jebat anak no 3 dari 8 beradik, jarak umur pun agak berbeza antara Jebat dengan adik bongsu. Mak cakap Jebat selalu bantu mak jaga adik adik. Yes Jebat uruskan anak anak kami semudah ABC.
Saya masih ingat hari pertama saya lahirkan anak sulung, dah petang camtu kat ward, anak saya berak, banyak sangat, saya nangis call Jebat beritahu saya takut nak tukarkan pampers.
Jebat datang h0sp1tal untuk tukarkan pampers baby sambil tu dia ajar saya macam mana nak buat sebab malam nanti dah tak boleh melawat. Esoknya dah boleh balik, sampai rumah alhamdulillah rumah dah siap kemas tersusun rapi.
3) Pandai jaga isteri
Jebat jaga saya macam tatang minyak yang penuh. Jebat akan civm dahi saya sebelum kerja dan sebelum tidur setiap hari. Semasa saya pantang, Jebat menjaga saya sendiri, dari mandian sampailah ke barut semua Jebat bantu saya buat. He handle everything.
Jebat tak pernah g4nggu emosi saya. Malah Jebat sangat terikat dengan pantang larang. He told me “badan nak pakai lama”. Jebat selalu call mak kat kampung tanya nak buat apa, supaya saya sihat kuat macam mak.
4) Menghorm4ti insan bergelar wanita
Jebat tak pernah lebihkan mak, Jebat jugak tak lebihkan saya, kalau saya bilang terasa hati dengan mak, Jebat pinjam telinga untuk dengar dan dihujungnya Jebat nasihat dengan kata kata positive.
Masa mak bilang tak terima saya Jebat mendengar tanpa berkata kata, Jebat tidak melawan tapi Jebat tetap bawa saya pulang ke rumah mak macam biasa. Jebat bagi mak ruang dan masa.
Jebat sentiasa pastikan saya didepan mata. Jebat tetap gengam tangan saya dihadapan semua orang. Berkat kesabaran Jebat dan akhirnya mak dan saya mampu bersatu. Saya tidak lagi terasa hati, mak juga sayang saya.
5) Pandai cari duit dan tak kedekut
Kami memang suami isteri bekerja tapi biasalah gaji tu sekadar cukup pakai simpan sikit sikit. Gaji saya milik saya, gaji Jebat 90% diberi kepada saya untuk diuruskan. Yang mana hantar ke emak, yang mana urusan anak. 10% yang Jebat amik tu diberi juga sedikit kepada saya sebagai nafkah.
Jebat suka belikan saya barang kemas. Tapi nak beli emas kene pakai duit so Jebat cari extra, tanpa rasa malu Jebat jual besi burvk, Jebat jual kotak. Kadang Jebat bantu saya jual biskut. Hasil tu dia kumpul buat beli barang kemas sikit sikit.
6) Berani
Yang ni tak tahu nak letak kategori apa sebab kelakar pun ada, Jebat ni berani, dia tak takut tikus ker katak ke, lipas so on. Kalau ada yang termasuk rumah Jebat dengan bahagianya tangkap pakai tangan.
Dia cakap dulu kat kampung dia selalu tangkap ular, tangkap babi buat jual. Omaigad saya is tak sanggup. Tapi ini membuatkan saya rasa yakin dan dilindungi.
7) Fresh dengan agama
Okay sebabkan Jebat ni muallaf maka Jebat fresh dengan ilmu agama, Jebat selalu pergi kelas agama yang disediakan oleh MAIM, bila balik dari kelas agama Jebat akan share dengan saya. Jebat berusaha mempraktikkan apa yang dipelajari.
Kalau dulu family saya menolak sebab takut agama saya tak terjaga but alhamdulillah kami kawen kerana Allah maka, hati saya sendiri slow slow ikut sama nak belajar mendalami ilmu agama sebab nak kongsi dengan Jebat.
Bila Jebat ni selalu masuk kelas, jadi dia belajar pasal halal h4r4m ini menjadikan keadaan lebih mudah. Kami balik ke kampung macam biasa tapi bab makan minum Jebat sangat menjaga.
8) Last but not least-takyah berebut balik Mana
Orang asli ni takde special hari raya dalam kalendar, so semua raya diorang Raya. Jadi pembahagian kami, raya melayu dengan keluarga saya, kakak abang saya. Raya cina dengan keluarga Jebat. Simple. Tapi kami balik waktu lain macam biasa bergilir.
Okay tu sikit point kang banyak sangat orang kata saya syok sendiri. Now nak clear sikit pasal orang asli. Okay guy’s. Orang asli sekarang dah tak macam dulu lagi, mereka dah maju malah ada yang lebih maju dari kita.
U know what Masa kita struggle nak bayar Axia hutang bank, they buy 4×4 by cash. Rumah pun dah kurang yang guna rumah pondok mostly dah banyak guna rumah batu 4, 5 bilik weh rumah diorang, cuma masih mereka dirikan pondok kecil sebagai tempat mereka bersantai. Lagipun pondok buluh ni selesa wehhhh.
Kalau aritu keluar article pasal Ning Baizura cakap kat budak asli “kesiannya m1sk1n” , hok aloh tu cuma cara kehidupan diorang jer, typical anak kampung berjalan tak pakai selipar, tempat diorang ni bersih, sampah takde. Pasir putih. Ni tempat Jebatlah tapinya. Tapi saya dah pergi beberapa kampung memang cantik jer kawasan diorang.
And actually diorang ni banyak jer duit simpanan. Tapi diorang humble. Diorang ni dari pendidikan sampai kesihatan tayah keluar duit semua JAKOA tanggung aww takyah pening kepala. Btw Puan Ning mungkin awak seronok kawen dengan lelaki UK. Tapi saya seronok kawen dengan orang asli Malaysia.
Nak tahu beza dia apa? Orang UK demo bila kene lockdown, orang asli tutup kampung tak bagi c0vid’19 masuk dan menj4ngk1ti.
Mula mula saya join family orang asli adalah beberapa kisah yang kelakar, first pasal bilik air, rumah mak saya ni rumah batu dah 4 bilik tapi jenis bilik air kat luar, bayangkan kampung ni jenis pasir putih tepi pantai, lampu kat tepi jalan jelah.
Nak ke bilik air tu gelap wehhh. Dah kalau pukul 3 pagi nak kencing, memang menangislah, kecoh sekejap. Sekarang mak dah pasangkan lampu package tak tutup sampai pagi lampu tu hahahaha.. Tapikan kampung tu bila pagi hari tenang jer suasana.
Bila petang petang saya ronda kampung, dan ramai tegur very ramah ramah one so I pun sememangnya ramah apa lagi beramah mesralah.
“Ni isteri Jebat ker? Yer amai (makcik) ni isteri Jebat”
“Ni menantu mak Jebat ker? Yer mamak (pakcik) saya menantu mak Jebat”.
Pastu ramai orang datang rumah nak tengok pilihan Jebat. I remember one pakcik ni tapi men1ngg4l dah, dengan kaki ayam dia beriyer datang sambil cakap “nak tengok menantu baru”, dalam hati kawen sorang bersedara sekampung.
Bila pakcik ni tahu jer yang saya ni orang Islam terus dia jerit assalammualaikum, tapi saya tak menjawab sekadar memberi senyuman. Dalam kampung tu diorang kenal each other, diorang biasanya family juga.
Sebab anak umah hujung kawen dengan anak rumah tengah, yang rumah tepi tu adik beradik dengan yang rumah hujung, yang atuk ni kawen dua sorang belakang sorang depan, so like big family. Tapu tu dulu lah sekarang banyak jer kawen dari kampung berlainan malah dari suku berlainan. Cam Jebat kawen bangsa berlainan.
Okaylah 10 kali taip aww punya lama tak buat karangan. Pening nak susun ayat supaya orang tak salah faham and sampai apa yang saya nak kongsi tapi sure nanti ada yang baca dengan emosi.
Ending saya nak cakap terima kasih Kat Jebat sebab jadi suami yang baik, daddy yang baik. Awak jadikan saya sebagai Wanita Terbahagia.
Walaupun kita tak kaya tapi urusan kita selalu dipermudahkan. Berkat awak jaga saya macam bidadari. Berkat awak sentiasa cuba jadi yang lebih baik. Esok lusa dah nak puasa ni tahun ke-5 awak puasa jangan nak ngada ponteng pulak.
Now korang nak kawen tak dengan orang asli? Hehehe bangsa tak menentukan pun kebahagiaan kita, yang penting kita ni macam mana urus bahtera.
Yang Berbahagialah,
Reaksi warganet
Mimi Na Betenngi –
Thanks sebab sudi terima pasangan dr puak sy secara hati terbuka n berlapang dada terima dugaan awal penerimaan famili masing2… Sy dr puak jakun-semai berbahagia mendengar awk bahagia menyertai keluarga besar kami…
Is Li –
Sekarang ni mereka dipanggil sebagai Orang Asal, bukan lagi Orang Asli 🤗 Saya dapat tahu bila sertai aktiviti kerja amal bantu perkampungan mereka di Shah Alam.
Awan Zawani –
Sy suka kwn dgn org asli, baik tak sombong tak bnyak cekadak open minded. Musnah terus semua yg sy pernah fikir pasal org asli selepas kenal rapat beberapa org asli 😄 they are awesome.
Nur Ezzaty Etty –
Betul. Orang asal ni baik. Pernah berkunjung ke rumah mereka. Walaupun mereka non Muslim, tapi baik. Bila Kita dtg, terus anak anak tarik anjing peliharaan mereka bawa pergi jauh dari Kita. Layan Kita dengan baik. Bagi air kotak Dan roti gardenia. Nmpak mereka muliakan tetamu Dan hormat. Baik sngt.
Ann Fardan –
Zaman ni nak cari lelaki perkasa cukup payah… Sb byk lelaki kaki bangku dan jari lembut (pandai main game je!!) 🙄🤦♀️.. So siapa2 yg dpt suami boleh buat kerja2 kg.. Boleh bertukang… Boleh mengemas… Boleh rewang kenduri kendara.. Boleh cari rezeki dalam hujan lebat mahupun gerhana… Jagalah baik2… Jangan sampai disondol 🐷😜😜😜… 🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣…apapun x kiralah org asli ke.. Org asal ke.. Org kuning ke.. Org hijau ke.. Janji jaga Agama in sha Allah aman bahagia….😍
Sumber – Wanita Terbahagia (Bukan nama sebenar) via IIUMC
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : www.two.e-kesah.com