SEREMBAN – Minat yang mendalam terhadap tugasan berat dan lasak mendorong Normaisarah Ibrahim, 31, meninggalkan kerjayanya sebagai jururawat tujuh tahun lalu demi memenuhi cita-cita menjadi seorang anggota bomba dan penyelamat.
Normaisarah berkata, meskipun kerjaya berkenaan didominasi kaum lelaki, namun beliau mahu membuktikan dirinya setanding dengan mereka sekali gus mampu menggalas tugas sebagai anggota bomba yang sentiasa bersiap sedia menempuh segala cabaran.
“Saya sukakan cabaran dan meminati kerjaya dalam bidang yang memerlukan kita bergerak aktif, oleh sebab itu saya beralih menjadi anggota bomba yang memang telah lama saya idamkan.
“Ditambah pula saya suka berinteraksi dengan masyarakat. Menerusi kerjaya ini, saya boleh menabur bakti kepada mereka menerusi aktiviti khidmat masyarakat, penyelamatan dan sebagainya,” katanya pada Ahad.
Anak kelahiran Kubang Kerian, Kelantan ini berkata, beliau mula berkhidmat sebagai anggota bomba pada 2017 di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban dan antara tugas pertamanya ialah memadam keb4kar4n dan tugasan khidmat khas seperti menyelamat m4ngsa kem4lang4n.
Bagaimanapun, Normaisarah berkata, sejak tiga tahun lepas, beliau ditugaskan di unit khas medik Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecem4san (EMRS) yang memberi perawatan awal kepada ma4ngsa terlibat dalam kem4lang4n.
Berkelulusan Diploma Kejururawatan dari Masterskill University College of Health Sciences, Kuala Lumpur pada 2011, wanita kental ini berkata, pengalamannya sebagai jururawat juga turut diaplikasikan ketika bertugas di unit EMRS dengan lebih baik.
“Dua hari lepas, saya terlibat dalam operasi menyelamatkan ma4ngsa kem4lang4n membabitkan dua kenderaan, dua m4ut dan tiga lagi ced3ra akibat tersepit. Melalui pengalaman, saya dapat menilai tahap kesedaran m4ngsa kem4lang4n dengan cepat serta memberi raw4tan awal kepada mereka yang ced3ra sebelum dihantar ke hospital,” katanya.
Bercerita lanjut, Normaisarah berkata, antara tugasan yang paling mencabar ialah sewaktu melakukan penugasan kecem4san harian yang prosedurnya dilaksanakan dengan lebih ketat susulan negara dilanda p4ndemik Cov1d-19.
Jelasnya, setiap anggota perlu mematuhi prosedur operasi (SOP) ditetapkan iaitu memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE) walaupun berdepan dengan kes kecem4san biasa.
“Apabila menyelamatkan m4ngsa yang terper4ngkap dalam kem4lang4n jalan raya atau keb4kar4n, kami perlu memakai PPE dalam keadaan cuaca panas ditambah perlu memegang hos seberat 16 kilogram untuk memadam keb4kar4n,” katanya yang telah terlibat lebih 30 kes operasi memadam keb4kar4n dan khidmat khas.
Normaisarah menasihati golongan muda terutama wanita yang mahu menceburi kerjaya sebagai anggota bomba dan penyelamat perlu mempunyai mental dan fizikal yang kuat selain tidak mudah putus asa.
“Saya percaya kita sebagai wanita mampu mengalas tugas ini dengan baik setanding dengan lelaki,” katanya yang menyimpan hasrat untuk menjadi pegawai bomba wanita yang berjaya dan memberikan perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat. – Bernama
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Sinar