Selepas berbulan-bulan duduk di rumah, murid di seluruh negeri telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran sejak awal Mac lalu.
Berikutan itu, pelbagai ragam dan kerenah kanak-kanak dapat dilihat di laman media sosial menerusi perkongsian ibu bapa ataupun para guru itu sendiri.
Tidak terkecuali bagi seorang guru pra-sekolah dikenali sebagai Cikgu Ayu ini yang turut berkongsi beberapa video aplikasi TikTok miliknya dalam melaksanakan tugas harian di sekolah tadika.
Namun dalam banyak-banyak video, warganet tertarik melihat satu video memaparkan Cikgu Ayu sedang memujuk dan membersihkan h1ngus salah seorang murid lelaki.
Ragam anak pra..
Difahamkan, murid tersebut menangis tersedu-sedu ketika ibu bapanya menghantar ke sekolah selain mendiamkan diri di dalam kelas sebelum Cikgu Ayu memujuknya.
“Cikgu sayang oi. Air h1ngus pun lap lagi,” tulisnya pada kapsyen video berkenaan.
Rata-rata warganet memuji tindakan murni guru tersebut yang disifatkan penyayang dalam menjaga serta menguruskan anak murid demi si cilik menyesuaikan diri di alam persekolahan.
Untuk menjadi seorang pendidik, nilai k3sabaran yang tinggi amat diperlukan agar semua dirancang berjalan dengan lancar. Moga para guru terus berjaya mendidik anak bangsa!
Balas kepada @lieyadakil
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : cempedakcheese.com