Ibu Mentua Minta Hannah Delisha Dan Imam Shah Bersabar

Hari ini hangat diperkatakan apabila timbul dakwaan mengatakan perkahwinan pelakon Hannah Delisha dan suaminya, Imam Shah tidak direstui ibu pelakon itu, Noor Ashikin Ahmad.

Malah, satu perkongsian di Instagram ibunya yang memuat naik kata-kata puitis dengan tanda pagar #IbuTidakRestu sekaligus mencetuskan tanda tanya netizen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mariana Yati (@mariana_yati)

Bagaimanapun, menerusi satu posting, ibu mentua kepada Hannah iaitu Mariana Yati mendoakan agar perkahwinan anak serta menantunya itu kekal hingga ke syurga. Pelakon veteran Singapura itu juga turut menitipkan pesanan supaya Hannah dan Imam terus bersabar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mariana Yati (@mariana_yati)

“Semoga mahligai yang dibina sampai ke syurga. Doaku tidak akan putus menjadi penghalang segala musibah. Allah itu Al-‘Alim. Ingat itu Imam & Hannah, teruskan bersabar. Mummy sayang kamu berdua. Semoga Allah melindungimu anak-anakku,” tulisnya.

Terdahulu, Hannah melangsungkan pernikahan dengan pelakon Singapura, Imam Shah pada 18 Februari lalu dalam satu majlis tertutup.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Rotikaya