Nama aktress Elfira Loy sememangnya tidak asing lagi dalam industri seni tanah air.
Baru-baru ini beliau telah berkongsi beberapa foto menerusi laman Instagram miliknya bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-27 pada 8 Mac 2021.
Walaupun sambutan tersebut diadakan secara sederhana, ia tetap dilihat meriah dengan dihadiri oleh ahli keluarganya.
Namun, menerusi gambar yang dimuat naik oleh pelakon yang popular menerusi drama Tentang Bulan itu telah menjadi perhatian ramai dan mengundang persoalan netizen.
Hal ini kerana, mereka terlihat seakan terdapat baby bump pada tubuh Elfira.
Bagaimanapun, Elfira masih lagi belum memberi sebarang kenyataan buat masa ini dan sama-sama kita mendoakan yang terbaik buatnya okay!
View this post on Instagram
Untuk rekod, Elfira telah berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya iaitu Faris Khairol Anwar pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhamad Rayyan Khalaf yang kini berusia 2 tahun.
Sumber foto: Instagram Elfira Loy
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : HOT FM