PERMOHONAN maaf Hannah Delisha berhubung kontroversi membabitkan perkahwinan dan masalah keluarga nampaknya masih belum dapat meredakan keadaan.
Ia susulan ibunya, Noor Ashikin Ahmad muncul dengan nukilan puisi terbaharu yang dipercayai ditujukan kepada anaknya itu.
Namun kali ini netizen berharap agar Noor Ashikin tidak terus berkias di media sosial kerana ia akan terus mengundang pelbagai telahan dan andaian tidak tepat.
“Kesian dekat Hannah Delisha, sebelum ini nama dia elok sahaja. Tak pernah tercalit sebarang kontroversi, baru semalam tengok IG Story dia, mohon maaf dekat peminat atas semua yang terjadi kebelakangan ini.
Antara komen yang ditinggalkan netizen di Instagram Noor Ashikin.
“Aib keluarga jangan dijaja, selesaikan la antara kamu berdua. Yang tahu jadi umpatan yang tak tahu jadi f1tn4h. Puncanya daripada seorang yang mula membuka aib keluarga.
“Apa-apa pun moga dipermudahkan semua urusan, moga hubungan ibu dan anak menantu kembali bertaut semula hingga ke jannah, amin,” kata netizen.
Menerusi posting terbaharu di Instagram, Noor Ashikin mengajak orang ramai sama-sama berfikir mengenai pelbagai persoalan yang timbul di fikirannya.
Aib keluarga jangan dijaja, selesaikan la antara kamu berdua.
NETIZEN
“Apakah perasaan sang ibu dalam Hikayat Antah Berantah? Apakah sebab, asbab dan musabab yang beliau itu tidak merestui pernikahan sang anak dan pilihan anaknya itu?
“Kenapa dan mengapa beliau tidak merestui perhubungan mereka sebelum bernikah? Adakah ia kerana ada al-kisah yang membelenggu yang terjadi semasa sang anak dan pasangannya belum bernikah lagi?
“Adakah sang ibu dan keluarga terdekatnya tahu sang anak dan pasangannya itu telah berkahwin dan bila sebenarnya mereka berkahwin,” kata Noor Ashikin.
Ibu Hannah kerap menggunakan puisi kiasan dalam menyampaikan isi hatinya.
Sejak awal minggu ini nama Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch, 25, hangat diperkatakan bermula dengan dakwaan perkahwinannya dengan aktor Singapura, Imam Shah, 32, tidak mendapat restu ibu aktres itu.
Selepas itu timbul pula dakwaan kononnya dia menyembunyikan perkahwinan yang dikatakan sudah pun berlangsung pada Februari 2020, setahun lebih awal daripada tarikh pasangan itu berkongsi foto majlis pernikahan bertarikh 18 Februari 2021.
Bukan itu sahaja, ibu mentua Hannah iaitu Mariana Yati turut mendakwa menantunya itu berdepan masalah dengan ibu kandungnya sejak sekian lama.
View this post on Instagram
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Mstar