Peniaga bundle tertidur ketika live FB, ini yang jadi kepada `viewers` semasa dia tertidur

Ketika ini, kita dapat lihat ramai peniaga-peniaga bazar ataupun kedai mengambil inisiatif dengan melakukan live di Facebook untuk mencari pelanggan.

Antara yang sering melakukan jualan secara live di Facebook adalah peniaga bundle kerana lebih mudah untuk mendapat pelanggan yang sudi membida barang jualannya.

Tertidur semasa live FB

Namun begitu, menerusi video yang tular di Twitter, seorang pengguna telah memuat naik satu video seorang lelaki yang tertidur ketika melakukan live Facebook dan ditonton hampir 2,000 viewers.

Kesian pulak tengok tertidur

Apa yang menarik, lelaki tersebut turut berdengkur dan ramai yang mulai bersa kasihan serta meminta sesiapa yang mengenalinya untuk menghubungi peniaga tersebut bagi menutup live di Facebook.

Walaupun ramai yang berasa terhibur dengan momen tidak disengajakan itu, ada juga yang bersimpati dengan usaha gigihnya mencari pendapatan sehingga tertibur.

Mesti pelik bangun2Ā viewersĀ ribu2

Abang ni dah bangun ke belum?

Cabaran peniaga buat live FB

Lagi kisah menarik penjual bundle dapat rezeki tidak dijangka.

Makcik Buat ā€œFb Liveā€ Sampai 3 Pagi Cari Rezeki Jual Baju ā€œBundleā€ Menangis Terharu Ada Yang ā€œLockā€ Sampai 100 Helai Nak Beli

Mencari rezeki itu perlulah seiring dengan usaha, kesabaran dan tawakkal yang tinggi kepadaNya. Barulah ia pasti akan ā€˜terbalasā€™ dengan hasil yang tidak disangka-sangka.

Kebanyakan peniaga umumnya akan menggunakan pelbagai medium perniagaan secara optimum bagi memastikan jualannya ā€˜laku kerasā€™, contohnya peniaga pakaian bundle yang sanggup duduk di depan skrin telefon untuk bersiaran langsung hingga berjam-jam lamanya.

Bercerita tentang peniaga pakaian bundle, baru-baru ini terjadi satu situasi yang akan menyentuh hati apabila seorang wanita yang agak berusia memberanikan dirinya beraksi di hadapan kamera untuk mempromosi pakaian bundle yang dijualnya.

Individu yang digelar sebagai ā€˜Makā€™ oleh rata-rata warganet ini dikatakan sanggup bersiaran langsung melalui Facebook di group Terbaik E-Store ketika waktu sudah pun larut malam.

Malah dikatakan, bermula dengan ā€˜viewerā€™ yang hanya beberapa orang sahaja, namun semakin lama semakin bertambah dek sokongan awam yang gembira melihatnya gigih berusaha.

Mari ikuti perkongsian 0leh salah seorang warganet, Norazman Md Nor tentang cerita ā€˜live bundleā€™ mak ini.

Mak ni live time-time macam ni (3 pagi), jual baju bundle. Semua sehelai RM1. Dari view 3-4 orang tiba-tiba mendadak naik view sampai RM170. Menangis dia.

Dia up sehelai-sehelai baju tu sambil tersedu-sedu, bergenang air mata dia. Kemudian ada dua orang hamba Allah ni terbuka hati nak lock 100 dan 50 helai baju-baju bundle mak.

Dia jadi serba-salah dengan viewer live dia, risau dengan yang tak dapat, risau yang lain-lain marah dan tak puas hati. Then ramai-ramai cakap patut ambik, habiskan baju bundle tu.

Mak rehat awal malam ni. Fuh nangis weh.

Akak yang lock 100 dan 50 helai tu mintak mak dan viewer ramai-ramai tu doakan semoga diorang dikurniakan zuriat. Thats it, thats all.

Ada 130 lebih macam tu pakaian bundle. Akak-akak yang lock tu cakap ā€˜mak ambiklah duit baju tu, kemudian baju tu mak jual balikā€™.

Mak cakap dia taknak, dia cakap tak elok. So mak decide nak sedekahkan je baju-baju tu nanti dekat mana-mana tempat yang memerlvk4n. Mengalir pahala tu tak putus-putus.

Dari niat mak cari rezeki, orang terikut nak beli dan senangkan mak supaya mak dapat rehat awal, sampaikan mak boleh jadi asbab untuk yang lain-lain buat pahala dan bersedekah.

Dan ada yang scroll FB mak ni, nampak mak ada buat nasi lemak, kemudian sedekah dekat masjid, surau. Ramai-ramai pakat nak suruh mak buatkan sampaikan value RM1,000 untuk sedekahkan.

ā€œHelpā€ bukan minta sedekah, tapi..

Jika merujuk kepada kapsyen siaran langsung mak atau nama Facebooknya Rosidah Ahmad, beliau menulis ā€˜Helpā€™ diikuti dua tanda seru.

Menurut Norazman, ā€˜helpā€™ yang dinyatakan itu bukanlah bermaksud untuk minta tolong atau sedekah, akan tetapi mak sebenarnya ā€˜menyeruā€™ orang ramai yang menonton siaran langsung itu untuk membeli jualannya.

ā€œMak tu tak pernah minta orang sedekah atau beli banyak-banyak pun. Kesian mak tu nangis-nangis lagi pagi tadi..dia taknak orang salah faham.

ā€œKesian dia, dia tak tahu nak buat live..nak pin nombor WhatsApp dan buat link WhatsApp pun dia tak reti. Ramai-ramai pakat tolong mak tu sikit-sikit waktu live tu,ā€ jelas Norazman

Sumber: 1mrn23/SK

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di FacebookĀ @Soya Lemon

Sumber : www.two.e-kesah.com

Ā