PEMERGIAN allahy4rh4m nenek kepada Kaka Azraff iaitu Yang Asmah Long, 92, pada Khamis benar-benar memberi kesan yang mendalam kepada penyanyi itu.
Mempunyai hubungan yang sangat rapat sejak kecil, Kaka memberitahu dia sentiasa mengikut ke mana sahaja neneknya yang mesra disapa sebagai Uwan itu pergi.
Menganggap arw4h seorang yang mahukan kesempurnaan, penyanyi berusia 32 tahun ini mendedahkan neneknya akan memastikan setiap tetamu yang datang ke rumah dijamu dengan makanan.
Kaka kongsi foto kenangan arw4h neneknya bersama rakan baik.
“Gambar kenangan Uwan bersama sahabat baiknya. Masa kecil, Kaka akan ikut ke mana saja Uwan pergi. Marhaban, kelas agama, kenduri kahwin, tahlil, terawih, jalan-jalan petang semua Kaka ikut.
“Bila Kaka dah besar, Kaka busy sikit. Bila melawat Uwan, dia mesti ajak tidur dengan dia. Kenangan terindah Kaka bersama Uwan. Seorang nenek yang perfect! Sebab arw4h seorang perfectionist.
“Rumah tak pernah tak ada makanan. Bila orang datang, mesti jamu makanan. Mesti suruh orang makan. Siapa kenal mak cik Yang, mereka tahu Insya-Allah,” kongsi Kaka.
Hari-hari cakap rindu, tapi Kaka busy, tak sempat.
KAKA AZRAFF
PENYANYI
Pemilik nama Nor Atiqa Noor Azraff ini turut berkongsi foto kenangan arw4h bersama sahabat baiknya di Instagram pada Jumaat dan ruang komen dipenuhi dengan ucapan takziah daripada netizen dan rakan selebriti.
allahy4rh4m juga merupakan ibu kepada ratu rock Malaysia iaitu Ella yang turut berkongsi berita sed1h itu di laman Instagram miliknya.
Menurut Ella, arw4h ibunya menghembuskan nafas terakhir akibat s4kit tua di kediamannya yang terletak di Teluk Gadong, Klang pada awal pagi Khamis.
Dalam pada itu, Kaka meluahkan rasa syukur apabila segala urusan pengebumian arw4h berjalan dengan lancar dan mengakui dirinya masih terkejut dengan berita tersebut.
arw4h juga merupakan ibu kepada Ella.
Kaka berkata, hasrat untuk melawat neneknya selepas selesai malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-35 yang berlangsung pada malam, Ahad tidak kesampaian.
“Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan Uwan untuk bertemu dengan penciptaNya. Sangat tenang. Kaka masih terkejut, sebab Kaka tak sempat jumpa Uwan. Hari-hari cakap rindu, tapi Kaka busy, tak sempat.
“Ingat lepas AJL nak jumpa Uwan, tapi Uwan pergi dulu pada hari Isra Mikraj. Ya Allah, kau ampunkanlah segala dosanya. Kau tempatkan dia bersama orang-orang yang beriman. Insya-Allah, kami akan menyusul nanti. Al-Fatihah,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : mStar