Tahniah diucapkan buat Ashira yang telah bergelar isteri, apabila selamat disatukan dengan Bad Indigo, 46, dalam majlis ijab kabul yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, jam 2.45 petang semalam.
Pasangan yang berstatus ibu dan bapa tunggal itu mula menjalinkan hubungan istimewa setelah sama-sama menyertai Gegar Vaganza 7, sebelum sepakat mendirikan rumah tangga. Malah apabila dikhabarkan akan bernikah tempohari ramai yang terkejvt dan mendoakan mereka berdua selamat dijodohkan.
Ashira & Bad Gembira Anak-Anak Terima Hubungan Baik Hubungan Mereka
Malah Bad turut menyatakan dia berasa sangat gembira apabila hubungan dengan Ashira diterima baik anak-anaknya sejak awal perkenalan mereka lagi. Bad mempunyai dua anak iaitu Rayyan, 12, dan Rania, 11, daripada perkahwinan terdahulu.
“Anak-anak saya sangat terbuka dan menerima Ashira dengan baik sejak dari mula lagi. Mereka juga kini memanggil Ashira dengan panggilan ‘mom’,” ungkapnya.
Anak-Anak Jadi Kawan Rapat
Selain Bad, anak Ashira, Megat Shazril Haziq Hadi, 15, juga gembira menerima kehadiran suaminya itu dalam hidup mereka.
“Alhamdulillah anak saya boleh menerima Bad dengan baik, malah mereka juga sudah rapat macam kawan.
“Saya bersyukur anak kami masing-masing dapat menerima kehadiran kami dalam hidup mereka,” sambung Ashira.
Mohon Maaf Tidak Jemput Media
Untuk makluman, pasangan pengantin ini telah dinikahkan sendiri oleh bapa Ashira, Syed Abd Aziz, dengan dua kali lafaz, bersaksikan keluarga terdekat kedua belah pihak.
Pengantin perempuan juga menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin, sementara wang hantaran tidak dinyatakan.
“Kami mohon maaf kepada pihak media kerana tidak dapat jemput untuk meraikan majlis ini kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.
“Majlis ringkas ini hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua belah pihak, selain anak-anak kami. Alhamdulillah majlis ini berjalan lancar sebagaimana dirancang,” kongsi Ashira menerusi sebuah video yang dikongsi bersama media.
Semoga Bahagia Hingga Ke Jannah
Sumber Foto: Instagram Ashira Aziz
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : MingguanWanita