Ragam AJL35… Baju Sherry Alhadad Disamakan Dengan Plastik S4mpah, ‘Bean Bag’

PENAMPILAN Sherry Alhadad di malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) nampaknya mengundang pelbagai komen melucukan dalam kalangan netizen.

Menerusi tinjauan mStar di Twitter, gaun hitam yang digayakan pengacara itu menjadi m4ngs4 kritikan apabila ia disamakan dengan plastik sampah.

Bayangan plastik sampah itu merujuk kepada lebihan kain di kedua-dua belah tangan Sherry.

“Dah kenapa Sherry punya baju tu. Dah macam bawa plastik sampah.

Antara posting lucu netizen di media sosial mengenai penampilan Sherry.

“Baju apa tu, kat lengan tu apa? Letak plastik sampah hitam ke?

“Sherry macam bawa plastik sampah. Designer suka buat design baju pelik,” demikian antara twit gurauan netizen di Twitter.

Gaun Sherry turut disamakan dengan bean bag.

Selain plastik sampah, ada yang menyamakan pakaian Sherry dengan beg kekacang atau bean bag.

“Saya ingat Sherry pegang bean bag, tapi dia tetap hot and beautiful in every way!” demikan kata netizen.

Kemuncak AJL35 yang berlangsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad malam menyaksikan Sherry bergandingan dengan Awal Ashaari Haziq Hussni sebagai pengacara.

Selain Sherry AJL35 turut menampilkan Awal Ashaari (kiri) dan Haziq Hussni (kanan) sebagai pengacara.

Buat pertama kalinya, AJL35 bersiaran langsung tanpa kehadiran penonton selain

mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber:Mstar